BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 21, 2007

Selamat Bercuti...

Salam untuk semua. Lama bebenor tidak menulis di blog nie. Bukan tak nak menulis tetapi masalah laman nie di block. Maklumlah guna internet kat sekolah. Banyak juga cerita untuk di post... tapi tu laa. nie pun duk lepak kat LCCT... balik bercuti laa. Esok balik Kelantan. Masa balik cuti Hari Raya Puasa lepas, aku ada gak pergi MURNI '07.


MURNI '07:

Ramai gak kengkawan yang pergi... geng2 aku takder laa sangat... yang adanya... aku, Sherry, Mina, Che Ros n Wahilah. Sekurang2nya dapat jugak lah bertemu berkumpul bersama kawan2 masa KIAS dulu especially tuk FGOK... tima kasih tuk ad-hoc program MURNI '07. moga2 akan di adakan dilain waktu... insya Allah, ada masa... aku pergi lagi...


JAULAH ke KK:

2-4 hb Nov. 2007, aku mengikuti rombongan sekolah bawa murid2 Tahun 6 jaulah ke KK. sampai ke Poring tu... sempat laa pergi kolam air panas... tak sempat mandi pun... agenda kami terpaksa diubah... semuanya gara2 tak tahu... huhuhuhuhuu... apa yang tak tahu????? syyyyy! biarlah rahsia. kami ada gak pergi Taman Buaya kat Tuaran.... banyak jugak buaya kat sini... seribu ekor lebih kalau aku tak silap laa... sempat lagi tu amik gambar ngan buaya...nk tengok?... haa... tulah gambar aku ngan housemate aku... Cik Sal.
Adik aku ada mai sini. dia datang ngan adik housemate aku... ada laa lebih kurang 10 hari kat bumi Malaysia Timur nie. Kesian kat dia... tak der tempat istimewa pun untuk dilawati... nk pergi Pulau Manukan tak dapat, sebabnya cuaca tak baik... hujan jer memanjang hari tu... cuma yang dapat kami bawa mereka ke umah kakak kat Kg. Awat-Awat tu jer...
NOW:
aku kat LCCT sekarang nie... esok balik kg. so, selamat bercuti untuk semua para pendidik dan mereka yang bergelar student... tak kira dimana jua anda berada... senyum2lah selalu... sesungguhnya senyum itu adalah sedekah dan juga awet muda... Happy Holiday....
KONVO j-QAF kohort 2006:
kepada semua guru2 j-QAF kohort 2006, diucapkan Selamat Konvokesyen... Selamat Maju Jaya.
SELAMAT PENGANTIN BARU:
selamat pengantin baru untuk bakal2 pengantin... especially untuk kengkawan kat IPS, Miri... K.Abi, Murni, K.Fizah dan yang lain2 juga, dengan ucapan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan cahayamata soleh solehah.
SALAM SAYANG MESRA SOKMO,
Puteri Aida

Tuesday, October 09, 2007

Menjelang Syawal 1428H

Alhamdulillah, kita sudah menjalani ibadah puasa selama 27 hari… melepasi 10 hari awal Ramadhan bersama Rahmat-Nya. 10 hari pertengahan Ramadhan bersama Magfirah-Nya dan moga-moga kita sempat bersama 10 hari terakhir Ramadhan ini bersama-sama dijauhkan dari seksaan api neraka. Semoga bertemu dengan satu malam yang padanya dilipat gandakan pahala setiap amalan kebaikan dinamakan malam “LAILATUL QADAR”.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Yang bermaksud:
Barang siapa yang mendirikan puasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.


Setelah sebulan berpuasa – menahan diri dari lapar dan dahaga serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari- kita dikurniakan satu hari yang bermakna iaitu HARI RAYA AIDILFITRI tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa bersama-sama ibadah lain dibulan puasa – solat terawih, tadarrus al-Quran dan lain-lain lagi-.

Bersama takbir raya kita mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi... menjamu selera... pelbagai juadah disediakan – ketupat, lemang, kuih muih, lontong, nasi impit, nasi minyak – pastinya kemeriahan terasa dan jangan lupa pada yang tidak berkemampuan dan yang telah tiada.


Puasa melatih kita sabar
Puasa menjadikan kita sehat
Puasa perlukan keikhlasan di dalam bulan Ramadhan
Paling penting sebelum hari raya
Tunaikan zakat fitrah
Agar dapat kita beraya bersama
Tanpa mengira miskin dan kaya
Minal ‘Aidil wal Faizin...



Salam lebaran buat semua...
Kususun 10 jari memohon ampun dan maaf
Agar diampunkan kesalahan lalu
Bersama meraikan ‘Idul Fitri dengan rasa syukur pada-Nya.


salam ingatan tulus ihklas maaf zahir dan batin,
puteri aida
09102007-Selasa

Gizi Seimbang


APA ITU MAKANAN?

Makanan adalah terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diperlukan untuk manusia. Makanan harus terdiri daripada pelbagai kelas makanan yang boleh memberi tenaga, mengekalkan kesihatan dan untuk pertumbuhan. Tanpa makanan, kita tidak akan dapat hidup, membesar dan melakukan pelbagai aktiviti harian… MAKAN untuk HIDUP. Bukan HIDUP untuk MAKAN.

Dalam pengambilan makanan seharian kita perlu menentukan kelas makanan utama yang perlu diambil seperti, karbohidrat, protein, lemak, serat, kalsium dan beberapa vitamin lain. Semua makanan ini mampu menjadikan tubuh badan kuat, bertenaga dan membesar dengan sempurna.

Setiap orang sering mempersoalkan tentang DIET. Apa sebenarnya maksud DIET itu?

DIET.


Diet boleh ditakrifkan sebagai makanan yang seimbang ianya mempunyai pelbagai jenis kelas makanan dalam satu-satu sessi pemakanan tertentu. Diet bukan bergantung kepada kuantiti pengambilan pemakanan, tetapi keseimbangan dalam semua jenis makanan yang diperlukan untuk tubuh badan.

Pengamalan Diet yang Sihat:

makan pelbagai jenis makanan
seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
pilih diet yang tinggi kandungan bijian, kekacang dan legumes
makan lebih sayuran dan buah-buahan
banyakkan minum air (6-8 gelas sehari)
pilih diet yang mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah
pilih diet yang mengandungi gula dan garam yang rendah
makan makanan yang bersih dan selamat



FAKTA:

INGAT!
Minum susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari. Makan mengikut masa dan jangan lupa bersarapan. Minum air 6 – 8 gelas sehari. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan bergoreng.




makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang! ingat tu...




bicara minda,

aidasufi

Sunday, October 07, 2007

Menanti Lailatul Qadar

Malam yang sunyi itu
Ditemani suara sang cengkerik
Menjadikan suasana harmoni
Indah sungguh ciptaan Allah
Betapa aku bersyukur dilahirkan ke dunia ini
Sebagai seorang hamba bernama Manusia
Di malam ini... di bulan ini
Penuh rasa kesyahduan
Menitis airmata tanda kesyukuran
Semoga sempat bersama
Di malam Lailatul Qadar
10 hari terakhir Ramadhan
Terasa sayu mengenangkan
Ramadhan akan melangkah pergi
Mampukah aku bersamamu lagi
Ya Ramadhan al-Mubarak di tahun hadapan
Menangisi pemergianmu
Bersyukur atas kurniaan Syawal untukku...
Ilal liqa' Ya Ramadhan...
ahlan wasahlan Ya Syawal...
minan 'aidil wal faizin...

minni,
aidasufi

Monday, September 03, 2007

Masih terasa bahangnya....

31 Ogos 2007...
sambutan hari Merdeka telah diadakan diseluruh Tanah Air dengan begitu meriah sekali. hingga hari ini pun masih terasa bahangnya... betapa bersyukurnya aku dilahirkan sebagai rakyat malaysia dan dikenali anak pasca Merdeka...
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua....
meriah sungguh sambutannya yer... seronok mendengar lagu2 patriotik yang dinyanyikan. lagu Malaysiaku Gemilang pun best...
Terima Kasih kepada Allah swt yang melimpahkan rahmat dan kemakmuran untuk negara kita Malaysia dengan keamanan dan kemakmuran serta bebas dari ancaman musuh dan penjajah. semoga negara kita selamanya aman dan makmur... TAKBIR!... Allahu Akbar!
31 Ogos gak adalah hari ulangtahun kelahiran teman baikku SHERRY... selamat hari lahir Sherry... semoga panjang umur murah rezeki n cepat2 ler kawin... kuikuikuikui....
hari nie, 3hb September.... Insya Allah 13hb nie, semua Umat Islam akan menempuh bulan yang penuh barakah... RAMADHAN al-MUBARAK... selamat menunaikan ibadah puasa untuk tahun 1428h...
ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan sempurna...
ehm...
natijah imtihan Institut dah tau... Alhamdulillah dengan apa yang diperolehi... Tahniah buat semua kawan2 atas kejayaan kalian... semoga kalian terus maju dan menjadi warga pendidik yang dedikasi dan cemerlang di dunia dan akhirat... SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA...


akhirnya...
selamat berpuasa.

bicara hati,
puteri aida

Thursday, August 02, 2007

Selamat kembali ke sekolah

Hampir 3 minggu sudah aku kembali ke sekolah. baru ada kesempatan menulis di sini. banyak tugas yang perlu diselesaikan, maklumlah baru balik bertugas... hampir 2 bulan juga tinggalkan sekolah.
mengajar pun banyak tajuk yang ketinggalan, terpaksa cover balik supaya sempat habiskan silibus sebelum abis tahun nie. budak-budak pun dah ramai boleh baca al-Quran... lega rasanya. tahun satu, ramai lagi yang masih Iqra' 3. nasib baik laa diaorang nie rajin2 semuanya. ada kesungguhan dalam membaca nie.
ehm, lagi 2 minggu sekolah akan bercuti setengah semester ke-2. horay! bole balik kampung. rindu serindu rindunya dah nie kat kampung. tak sabar rasanya nak jumpa parent n adik-beradik dan kawan2.... tunggu kepulanganku...aku rindu sama kalian.
sekarang nie musim buah, sempat ke tak makan buah nie... lagi 2 minggu... huhuhuhu... ingat lak kenangan masa kecik2 dulu... bila tiba musim buah nie... kami ramai2 akan mengutip buah durian yang gugur dan berkelah kat sungai belakang umah... makan ramai2 nie seronok... masa kat KIAS dulu, aku ajak kawan2 aku balik ke umah aku n amik durian n masak pulut untuk makan 'pulut durian'... best... rasa mau kembali ke kenangan lalu... namun, tak mungkin ia terjadi.
ehm... nak tulis apa lagi erk? nak citer pasal citer kat Institut... malas laa plak nak tulis... apa2 pun semua yang berlaku sepanjang berada di IPS amat menyenangkan hati ini... bagi sejuta kenangan yang terindah dalam hidupku. kursus KISSM.... BTN.... seronoklah. memang seronok g BTN ngan ketua fasilitatornya yang baik hati... ketua jurulatihnya yang prihatin... ala semuanya besh laa... paling best... dapat g Bukit Saban... dapat kenai laa Bukit Saban...
ari nie 2hb Ogos... lagi 29 ari nak sambut Hari Kebangsaan yang ke-50... wah! dah separuh abad negara kita mencapai kemerdekaan. MERDEKA!...
Salam Bulan Kemerdekaan...

Tuesday, June 26, 2007

Bersama Kita Bukan untuk Selamanya...




Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku ... pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkan ku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Tingkatkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat


Terima kasih kepada semua teman2... berkenalan dengan kalian adalah satu anugerah yang bernilai dalam hidupku... memori bersamamu selamanya di hati...


bicara sepi,
puteri aida



Sunday, June 17, 2007

Mengapa Hawa selalu dikecewakan?

HAWA...
mengapa engkau menangis?
perlukah engkau menangisi di atas apa yang engkau lalui kerana ADAM?
kenapa dan mengapa????
ADAM tegakah engkau memperlakukan HAWA sedemikian?
setelah HAWA memdamba kasih ADAM...
ingin disayangi dan dikasihi.
bukan disakiti dan dilukai...
salahkah HAWA kerana bergantung harap pada ADAM?
tidakkah ADAM tahu bahawa HAWA insan yang lemah...
memerlukan bimbingan dan pimpinanmu ADAM...
dimanakah ADAM seumpama Rasulullah SAW?
sudah tiadakah insan sebegitu di akhir zaman ini??
ingin aku berkongsi... sekeping warkah dari seorang HAWA kepada insan bernama ADAM
bismillahirrahmanirrahim...
didoakan semoga anda beroleh selamat di bawah indungan payung rahmat Allah swt... Amin...
ADAM,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
ADAM,
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu diakhir zaman,inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari satu waktu.
ADAM,
Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu. Kau sejak dulu lagitahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.
ADAM,
Aku tahu bahawa kau tahu dalam al-Quran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita..." Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku. Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini? Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar rumah, maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.
ADAM,
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu", katamu. Aku ibu dan aku guru pada anak-anakmu. Tapi sekarang, pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba. Kainku tinggi menyinsing paha mengamankan negara. Apa kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?
ADAM,
Marahkah kau jika kukatakan "andainya HAWA yang terpesong, maka kau yang patut tanggung". Sebab apa ADAM? Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak tak pandai mendidik, jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata, "HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu..." pada hematku yang dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu. Adakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA?
ADAM,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu! Oleh itu ADAM, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir di tolak nafsu dan konco-konconya.
ADAM,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan kuaminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajud bersamamu. Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku untuk membaca Yaasin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Tunjukkan aku perkara sebenar yang patut aku buat.
ADAM,
Akhirnya, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang akan tegar menanggungnya. Nauzubillahi Minzaalik...
Demikianlah antara luahan hati seorang insan bernama HAWA...
Tidakkah ADAM merasa apa yang HAWA rasa?
Tidak rasa bersalahkah ADAM pada HAWA...
dengan membiarkan HAWA sedemikian rupa???
Ingatlah ADAM...
HAWA adalah amanah Allah untukmu...

kasihmu amanahku...

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Isteri hamparan dunia suamilah penaungnya
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora suami menjadi purnama
Jika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
seharusnya begitulah...
pernikahan mengajar kita...
tanggungjawab suami isteri
masing-masing mengetahui tanggungjawab bersama...
bagi mewujudkan keluarga bahagia dalam suasana yang harmoni...
Bicara hati...
puteri aida

Saturday, June 16, 2007

Salam Hari Lahir...16 Jun 2007


SALAM HARI LAHIR
Diiringi doa dan harapan agar dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki serta sentiasa berada dibawah
rimbunan rahmat dan kasih sayang Ilahi
Bersyukur atas nikmat usia ini
Semoga keceriaan senantiasa dihati

SALAM HARI LAHIR
Moga-moga hari yang bakal dilalui indah dihiasi
kuntuman ceria, kelopak kebahagiaan,
dan jambangan kasih sayang…
Bersama redha ibubapa dan Ilahi

SALAM HARI LAHIR
Aku bersyukur atas nikmat usia,
semoga dikurniakan kesejahteraan jua kebahagiaan
Kebahagiaanku mengembirakanmu
Kedukaanku meresahkan hatimu
Keceriaanku menyenangkan jiwamu
Ketahuilah olehmu…
aku takkan membuatkan mu bersedih keranaku

SALAM ULANGTAHUN KELAHIRANKU YANG KE—27
16-JUN-2007

teman,
terima kasih atas ingatanmu untukku.
puteri aida

Thursday, June 14, 2007

Pastikan... Datuk Siti Nurhaliza

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini



salam kembara fillah,
puteri aida...

Wednesday, June 13, 2007

Berakhirnya Imtihan ...

hari nie exam habis. last paper ari nie. camana keputusannya... tak tahu laa.. wait n see laa. aper2 pun... semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. jadikan setiap ilmu yang diperolehi di IP ini sebagai panduan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang mudarris... muaddib... muballig... muallim... murabbi... mursyid...

secebis ketekunan

seteguk pengorbanan

besemadi didalam hati

sebagai dorongan hidup ini

TEMANKU, ABADIKAN SEGENGGAM HARAPAN



sessi persekolahan semester kedua telah bermula. apa khabar anak2 didik kat sekolah sekarang? rindukah mereka pada ustazah mereka ini? atau gembira je tanpa keberadaan aku disekolah? aku pun rindu gak kat suasana sekolah... hai, lagi sebulan aku kat institut nie baru balik kat sek. mesti banyak jer cerita2 menarik kat sekolah.



rindu....
rindu serindu rindunya...


Bersama selamanya…

Teman…
Terima kasih atas
perkenalan ini…
Aku bahagia mengenali
kalian…
Semoga ikatan ini
selamanya berkekalan..
Lawas…
dalam kenangan…








sedetik bersama... seumur hidup terasa,
aida_sufi@yahoo.com

Tuesday, June 05, 2007

Seminggu Di IPS...


Hari nie 05 Jun 2007...
Dah seminggu berada disini...IPS... menjalani sessi kuliah. Hari Khamis nie abis laa kuliah bg kumpulan aku... BA7(2006). Dalam seminggu lepas banyak jugak perkara yang berlaku. Kuliah malam... banyak jugak kelas diperawalkan, sebab itulah minggu nie abis awal. Minggu lepas cuti 4 ari... sempena Hari Gawai. Cuti pun tak cuti gak, ada kelas ganti bab minggu nie ramai lecturer tak de. Bab tu kelas diperawalkan. Alhamdulillah, minggu nie abis laa kuliah untuk kursus selama setahun setengah nie. Imtihan bakal menyusul...

Tadi, masa kuliah. Cikgu Rahman ada bagi Jadual Exam untuk sessi nie. Kami mula exam pada 11 - 13 JUN 2007, maknanya... minggu depan laa bermulanya IMTIHAN AKHIR. Oh tidak!... nak tak nak, imtihan memang minggu depan. Aisey... baca satu apa pun belum. nie aku letak jadual imtihan aku:

11.Jun.2007 (Kertas Ilmu Pendidikan) -8.30-11.30am
12.Jun.2007 (Kertas Bahasa Arab 1) -8.30-11.30am
13.Jun.2007 (Kertas Bahasa Arab 2) -8.30-11.30am

Alahai... tengok tu... imtihan 3 jam 1 paper... kena gadaq betui2 laa nie... 3 jam??? bukan sikit tu... kang2 naik pangkat JENERAL time exam... hahahha. Apa2 pun... masa masih ada. Study dari sekarang, Insya Allah... kejayaan pasti milikku akhirnya. Doakan kejayaan kita bersama
Badan nie masih lagi tak sihat. Demam n selsema laa... dah 2-3 ari dah demam nie... sebab apa dia demam? Ha, bab Allah sayangkan aku laa dia bagi aku sakit nie... untuk menghapuskan dosa2 kecil. Kadang2 tu, bila sakit itu hadir.... dapat menjadikan aku seorang yang lebih berfikr akan tanggungjawab sebagai seorang insan bernama Hamba kepada-Nya. Sesungguhnya aku bersyukur atas nikmat kesihatan dan nikmat sakit ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... itulah pentingnya. Sihat sebelum sakit.

Okaylah... kepada semua kawan2... SELAMAT MENJALANI PEPERKSAAN AKHIR minggu depan... Doaku moga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang... aku juga... kejayaan milik kita bersama... We are Champion! Be the best among the best.

caiyo! caiyo!..
with luv:
puteri aida

Friday, May 25, 2007

SELAMAT BERCUTI...




Esok bermulanya cuti sekolah bagi semester pertama. so, selamat bercuti kepada semua warga pendidik bagi peringkat rendah dan menengah. cuti selama 16 hari mulai esok dan kembali ke sekolah pada 11 Jun 2007. kepada warga pelajar juga... selamat bercuti. cuti... cuti jugak. buku jangan lupa baca... yerlah... bercuti untuk rehat! tapi jangan laa rehat jer... buat kerja yang berfaedah dan bermanfaat. isikan hari cuti anda dengan sesuatu yang dapat memberi kebaikan dan mampu meningkatkan potensi anda sebagai seorang pelajar.



sebut pasal pelajar... heheheehe... aku pun masih study lagi...



ehm... hari Ahad nie aku berangkat ke IPS untuk interaksi terakhir aku dalam kursus KPLI LPBS j-QAF ambilan 2006. hai kejap jer rasa dah nak habis... huarg!huargh!... tensionnya kena g belajar nie... sebenarnya bukan tension belajar... yerlah... dah belajar kena imtihan pulak. klu tak der imtihan camana kita nak tahu tahap kognitif kita selama kita belajar kan? so, kali nie... pegi Institut bukan sahaja g belajar... tapi ada imtihan akhir lagi. ehm... apa satu pun tak menelaah lagi... aku imtihan 2 paper jer. Bahasa Arab (sebagai subjek major aku) dan Ilmu Pendidikan (memang paper wajib amik setiap student laa). adui...! paper IP nie aku lemah sikit... tak teror sangat pun... dah laa ada bab pengiraan dalam madah nie. aku memang kureng laa sikit ilmu hisab nie. nasib laa badan... tapi best gak bab kira2 nie. klu ilmu Faraid... ehm aku suka pun bab kira2 nie laa... hihihi... kira2 nk bagi harta. best gak tu.



aku kat Institut kali nie paling lama laa sepanjang aku berkursus. maklum laa study musim cuti sekolah jer. dah namanya pun LPBS... cam tu laa cara study nya. pikir sekali best gak study ala-ala KDC nie. yerlah, kita dapat pengalaman mengajar lebih awal berbanding dengan student yang full time study kat Institut nie. bila sesi tutorial berlangsung... menyentuh bab student ker.. masalah disiplin bilik darjah ke... apa2 jer lah yang berkaitan dengan sekolah dan invironment sekolah, kita mampu berhujah dan berbicara serta berbincang berdasarkan apa yang kita alami sepanjang kita berada di sekolah dan itulah antara pengalaman yang paling berharga bagi seorang yang bergelar guru LPBS. kenapa tak caya?



sebut pasal imtihan... alahai... abis imtihan tak leh relaxs gak... ada lagi benda yang kami kena buat nie... apa dia? ha..., kami ada kursus induksi... katanya KISSM.seminggu laa kursus nie. ehm... not bad agaknya kursus nie. aku pun tak tahu... nanti abis interaksi nie... aku citer balik pengalaman aku sepanjang di IPS selama...????... berapa minggu erk? ehm... rasanya dalam 5 minggu kot. alamatnya... merindu tanpa kata laa aku nak menulis di blog nie nanti... hek eleh.. macam ler selalu jer aku menulis kan!... anyway... aku pasti dan yakin ... aku rindu untuk menulis disini...



BTN.... argh... lagi satu kursus kena ikuti lepas imtihan. lepas KISSM... kena g BTN lak. berapa hari erk? aku pun tak tahu... ai... camana yer... banyak sangat benda kena buat nanti g Institut. tapi itulah yang membuatkan aku suka g Institut tu... sertai pelbagai aktiviti... dapat meningkatkan tahap kognitif, tahap kecerdasan minda, tahap kecergasan fizikal jua. bersamamu teman2 di Institut amat membahagiakan... dapat jumpa kengkawan yang duk jauh2 nun... di Kuching, di samarahan, di Bintulu, di Sibu ... and others. dapat jumpa lecturer2... dapat bersama2 mengikuti sesi tutorial itulah paling penting serta dapat berkongsi cerita suka duka berada di rantau ini. SARAWAK!



ehm... nk expose gambar kelas aku laa... kelas BA7... geng2 bahasa arab laa nie... dengan dihiasi 2 kumbang dan 17 bunga... mekar di taman IPS... hehehehe.


okay laa... nanti aku post lagi cerita terkini hiburan sensasi... aper2 pun doakan aku najah dan success dalam imtihan nanti... okay... adios!

salam permisi kuundur diri...

puteri aida.

Thursday, May 17, 2007

16 Mei 2007.... Selamat Hari Guru

GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG
begitulah tema Hari Guru tahun ini. mengapa dikatakan guru penjana modal insan gemilang? wah! berat dan besar sungguh tanggungjawab seorang guru itu. yelah... menjana modal insan. modal itu sendiri bermaksud aset yang dipertaruhkan. dalam melahirkan individu yang cemerlang dari pelbagai aspek yang merangkumi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan Aqidah... gurulah yang memainkan peranan dalam usaha mengeluarkan produk yang berkualiti dan bermutu. eh, macam kilang laa pulak. melihatkan tahap kecemerlangan akademik bagi negara kita amat membanggakan. tapi bagaimana dengan aspek akhlak dan moral mereka? sebab itulah kita tidak seharusnya memandang enteng terhadap masalah sosial yang berlaku dalam negara kita hari ini. kita sebagai guru bukan sahaja mahu melihat pelajar2 kita berjaya dalam akademik tetapi cemerlang dalam aspek lain seperti kokurikulum. keterlibatan pelajar2 dalam aktiviti kokurikulum mampu mengurangkan masalah sosial dikalangan pelajar sekolah. ini kerana, mereka telah sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan dan mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk disamping mampu berdikari dalam menguruskan kehidupan sendiri. setiap individu itu adalah berbeza. guru2 lah yang dapat mengenal pasti kecenderungan arah mana pelajar2 mereka. gurulah yang akan membantu mencorak dan membimbing mereka ke arah perkembangan kendiri yang positif. tanpa kesungguhan guru2 serta tanpa kesanggupan pelajar2 itu sendiri juga sokongan padu daripada ibu bapa maka setiap impian yang di canang akan musnah begitu sahaja. pelajar2 hari ini sudah cemerlang tetapi kita mahu mereka ini gemilang. pelajar2 adalah modal bagi guru2 dalam merealisasikan tema Hari Guru tahun ini... Guru Penjana Modal Insan Gemilang.

Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia... semoga mampu menjadi seorang guru yang berdedikasi sekaligus berupaya merealisasi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Islam.

Tajuk: Terima kasih guruku.

Guru,
Engkau ibarat lilin
Membakar diri untuk menerangi alam
Mencurahkan ilmu untuk anak bangsa
Agar menjadi insan berguna
Guru,
Tidak mengenal erti penat dan lelah
Mendidik tanpa rasa jemu
Terlalu besar pengorbananmu
Tidak ternilai dengan intan dan permata
Guru,
Jasamu terlalu tinggi
Tidak berbayar dengan wang dan harta
Semoga hidupmu dirahmati
Terima kasih atas jasa-jasamu guruku


Tajuk: Pondok yang usang

Di sini,
Di pondok yang usang
Aku pernah berdiri mendongak ke langit
Menghitung hari mencari kebahagiaan
Saban hari berusaha tanpa jemu
Demi meraih segugus kejayaan

Hari ini,
Di pondok usang
Aku mampu tersenyum keriangan
Tergenggam kukuh di tangan segulung ijazah
Menjadi kebanggaan ayah dan bonda
Tiada lagi kekecewaan semalam
Kejayaan milikku akhirnya

Pantun.

Pergi ke pasar membeli ikan
Ikan dibeli bersama daun pandan
Budaya 3M perlu diamalkan
Untuk kejayaan di masa hadapan

Suasana Subuh sngguh bening
Terdengar kokokan si ayam jantan
Semasa belajar jangan bising
Mendapatkan ilmu sebagai pedoman

Dari Kelantan berhijrah ke Miri
Untuk mendapatkan secebis ilmu
Ilmu duniawi juga ukhrawi
Untuk dicurahkan kepada anak didikmu

Pergi ke hutan mencari akar
Untuk hiasan di ruang tamu
Ingatlah apa yang kita ikrar
Mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu

Pulau Tioman Tasik Chini
Pulau Perhentian Pulau Redang
Tema Hari Guru Tahun 2007 ini
Guru Penjana Modal Insan Gemilang

sajak dan pantun tu saya karang sendiri bersempena assignment Modul Bahasa Melayu Mei/Jun 2006 lepas. akhir kalam... Semoga Ceria Selalu...

Wednesday, May 02, 2007

Tak bererti kita tak call kita tak ingat


x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,

x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,

x bermaksud kita x rapat dgn dia

kita x pernah fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,

org yg jarang call kita,

org yg jarang senyum dgn kita,

org yg kita jarang jumpa,

adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

bersangka baiklah dgn Allahbersangka baiklah dgn mereka

terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.

x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,

kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,

x boleh expect org nak go after us each time,

sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu diganggu

walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..soalan2

i.e bertanya kabar utk menguji...

sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita

adakah dia hanya sahabat ketika ketawa

atau dia sahabat ketika mengalir air mata

mmg susah nak meluahkan sesuatu

terutama pada mereka yg kita tidak percaya

tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita

mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi

tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri sbb nnt

kalau silap tanya mrk akan dikata busy body

walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya

hidup manusia terlalu complicated

bagi mereka yg menganggap hidup inicomplicated dan hidup ini mudah

bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

manusia itu bersifat ikhtiariah...

boleh memilih apa yg dia mahu sbb dia ada akal

andai kita pilih utk hidup dgn mudah

maka kita akan dpt hidup dgn mudah

andai kita pilih utk hidup susah

maka kita akan dpt utk hidup susah

andai kita pilih utk hidup sbg pejuang

maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang

Allah sayangkan kita

Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah

hanya mereka yg berakal akan menggunakannya

dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.

ukhuwwah fillah abadan abada'


disini segalanya bermula...
ukhuwah fillah.

Thursday, April 26, 2007

kenangan Aru Baru...




selama berada disini... banyak kenangan telah tercipta... pahit manis ditempuhi jua... naik bot... best gak naik bot nie... yer laa... kat kg mana ada kena naik bot... semua dah guna pacuan 4 roda. bot2 nie tempat yang susah untuk dilalui... tapi kat sabah sarawak nie.... dah memang jadi pengangktan utama mereka... bab jalan air merupakan laluan utama... maklum laa nk bawa kayu kayan nie kan... hanyutkan di air sahaja. bukan tak leh buat jambatan tapi tu lah... utamakan yang penting dari yang penting kata orang.


gambar kat atas nun gambar lama dah... masa mula2 datang lagi... dalam bulan April 2006. kira bukan update laa gambar tu...


ehm... kat sini sekarang nie hujan lebat... alamatnyer redah banjir laa balik nanti... biasanyer, hujan sikit air dah melimpah...jangan banjir besar sudah...

ha... gambar sebelah kanan atas tu... sekolah dilanda banjir... baru lagi peristiwa tu awal thn nie..
okaylaa... nanti saya post lagi gambar2.

Thursday, April 12, 2007

semusim bersama seumur hidup terasa...

hidup ini umpama pantai... ada pasang surutnya. ada tenang, damai, dan adakalanya gelora. begitulah keadaan kita sebagai manusia tidak terlepas daripada suka dan duka... pahit manis kehidupan perlu ditempuhi jua.

hari ini... 12 APRIL 2007.
dalam bulan inilah aku mengenalinya sebagai seorang sahabat. bersahabat dengannya memberi sejuta kenangan yang terindah dalam hidupku. seorang sahabat yang memberiku keceriaan... memberiku kedamaian... memberiku kejutan dan memberiku kekecewaan. segalanya aku akur dan pasrah... namun aku tetap berterima kasih kepadanya kerana menjadi sahabatku hingga kini... kaulah sahabat ... kaulah teman... ketahuilah olehmu sahabat bahawa aku menghargai persahabatan ini... aku sayangkan dirimu... sahabat.

walau kita terpisah dek Laut China Selatan... namun kau tetap dihatiku sebagai sahabat. kerana bagiku... sekali bersahabat selamanya tetap sahabat... teman tapi mesra... berdua denganmu pasti lebih baik... semusim bersama seumur hidup terasa... dikejauhan aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sahabat... semoga kebahagiaan mengiringi kehidupanmu... beroleh keberkatan dan maghfirah dari-NYA. semoga persahabatan ini dirahmati oleh-NYA...

aku pasti mengenangkan detik-detik bersamamu... bersamamu aku bahagia... mungkinkah kita mampu mengimbau kembali kenangan silam bersama??? mungkin ada satu hari diciptakan untuk kita untuk kita duduk bersama bercerita tentang kenangan lalu... namun mungkin tiada masa untuk kita kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya... mungkin juga dengan keluarga tersayang...

salam permisi kuundur diri...

Tuesday, February 06, 2007

GENAP SETAHUN KAMI DISINI...

6 FEBRUARI 2006...
kami melangkah kesini... SK Aru Baru. mencari ilmu menimba pengalaman. betapa susahnya untuk kami membiasakan dengan qodiah disini... dengan bahasanya yang sukar untuk kami faham dan keadaan persekitarannya yang sebegini...

kini... hari ini.... 6 FEBRUARI 2007....
kami sudah mampu membawa diri... memahami bahasa dan gaya hidup masyarakat disini. kami juga mampu bergelak ketawa, bergurau senda dan beramah mesra dengan masyarakat kampung disini... betapa aku bersyukur atas kurniaanMu ya Allah... memberi aku sedikit ruang, secebis waktu untuk menikmati keindahan dan keunikan serta ciptaanMu yang tiada tolok bandingnya.... dengan bahasa yang pelbagai mampu mengeratkan ukhuwah yang terbina dan mencipta satu memori yang terlalu indah dalam hidup ini. walaupun adakalanya hati ini terluka... namun, aku pasrah dan redha atas segalanya... kerana aku yakin dan pasti kejayaan dan kebahagiaan untukku akhirnya... semoga Engkau tabahkan hati hambaMu ini dalam menempuh hidup di bumiMu yang fana ini.

Friday, February 02, 2007

CERIA BERTAMU DI HATI...

berlalu sudah kemarau kedukaan
bertamu kini musim keceriaan
menghambat kesedihan dihati
menjemput keriangan menjengahkan diri....
kini...
hadirnya satu kurnia
memberi sejuta sinar kebahagiaan
menjadikan hidup ini penuh bermakna
tuntas, aku bersyukur atas kurniaan-Nya
semalam adalah memori...
hari ini adalah realiti
esok adalah impian
namun, esok belum tentu milik kita
bersyukurlah atas setiap kurniaan-Nya untuk kita
semoga segalanya Husnul Khotimah
belajarlah memahami dan menyayangi
insan yang berada disisi
ingatlah... didunia kita sementara...



Sunday, January 07, 2007

BACK TO SCHOOL N HAPPY NEW YEAR 2007

setelah sebulan lebih bercuti... kini kembali ke sekolah meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri ini sebagai seorang pendidik. mendidik dan mencurahkan ilmu-Nya kepada anak bangsa bagi melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERISA...
alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah Taala kerana aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dibumi-Nya yang fana ini... masih lagi berupaya menjejakkan kaki ke bumi Lawas ini. pulang bercuti di kampung amat mengembirakan hati... apatah lagi dapat bertemu kaum keluarga yang dirindui... dapat bertemu kawan2... yang penting dapat menyambut hari raya aidiladha bersama kaum keluarga... kepada teman2 yang datang ke rumah... thank you... moga2 ada lagi hari2 yang diciptakan untuk kita bertemu...

KG ARU...
sekarang nie musim hujan... hari2 ke sekolah terpaksa mengharungi air... memang macam nie lah saban tahun... dalam bulan januari dan februari memang macam nie. banjir...

SEKOLAH...
22 Januari nie start praktikum... sampai 20 April 2007. moga2 semuanya berjalan dengan lancar dan beroleh kejayaan. tak lama dah rasa... pejam celik pejam celik dah hampir setahun kat bumi sarawak nie.... dah nak habis kursus... pas nie... horray laa...heheehehe...

HATI...
masih lagi rawan... mencari makna sebuah pengorbanan... dalam kepayahan menghitung erti kejujuran dan keikhlasan... akhirnya tewas jua menggapainya... namun, redha dan bersyukur atas segalanya... mungkin ada rahmat disebalik semua itu... THANK YOU ALLAH.

teman sejati
kubiar kalam berbicara
menghurai maksudnya dijiwa
agar mudah kumengerti segala yang terjadi
sudah suratan Ilahi
kubiarkan pena penulis
meluahkan hastrat dihati
moga terubat segala keresahan dijiwa
tak pernah kuingini
aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
kasih yang lama terjalin
berderai bagai kan kaca
oh teman maafkanlah diriku
oh Tuhan tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkan jikaku melukaimu
moga ikatan ukhuwah yang dibina
keakhirnya
aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa
kau pergi meninggalkan diriku
redhalah apa terjadi
usahlah dikau kesali
mungkin ada rahmat yang tersembunyi...
kubiar kalam berbicara
menghurai maksudnya dijiwa
agar mudahku mengerti segala yang terjadi
sudah suratan Ilahi...
dalam tangis ada bahagia
dalam tawa ada derita
dalam dingin airmata ada rahmat dari yang Esa...
selamat tahun baru 2007... semoga tahun baru ini akan bertambah ketaqwaan kepada-Nya dan bertambah keimana kepada-Nya... setiap yang bermula pasti ada akhirnya... begitulah kita sebagai insan... pasti bertemu-Nya jua... moga2 Husnul Khotimah...
may Allah Bless Us...
salam sayang, rindu selalu...
aida sufi.