BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 09, 2007

Menjelang Syawal 1428H

Alhamdulillah, kita sudah menjalani ibadah puasa selama 27 hari… melepasi 10 hari awal Ramadhan bersama Rahmat-Nya. 10 hari pertengahan Ramadhan bersama Magfirah-Nya dan moga-moga kita sempat bersama 10 hari terakhir Ramadhan ini bersama-sama dijauhkan dari seksaan api neraka. Semoga bertemu dengan satu malam yang padanya dilipat gandakan pahala setiap amalan kebaikan dinamakan malam “LAILATUL QADAR”.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Yang bermaksud:
Barang siapa yang mendirikan puasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.


Setelah sebulan berpuasa – menahan diri dari lapar dan dahaga serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari- kita dikurniakan satu hari yang bermakna iaitu HARI RAYA AIDILFITRI tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa bersama-sama ibadah lain dibulan puasa – solat terawih, tadarrus al-Quran dan lain-lain lagi-.

Bersama takbir raya kita mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi... menjamu selera... pelbagai juadah disediakan – ketupat, lemang, kuih muih, lontong, nasi impit, nasi minyak – pastinya kemeriahan terasa dan jangan lupa pada yang tidak berkemampuan dan yang telah tiada.


Puasa melatih kita sabar
Puasa menjadikan kita sehat
Puasa perlukan keikhlasan di dalam bulan Ramadhan
Paling penting sebelum hari raya
Tunaikan zakat fitrah
Agar dapat kita beraya bersama
Tanpa mengira miskin dan kaya
Minal ‘Aidil wal Faizin...



Salam lebaran buat semua...
Kususun 10 jari memohon ampun dan maaf
Agar diampunkan kesalahan lalu
Bersama meraikan ‘Idul Fitri dengan rasa syukur pada-Nya.


salam ingatan tulus ihklas maaf zahir dan batin,
puteri aida
09102007-Selasa

Gizi Seimbang


APA ITU MAKANAN?

Makanan adalah terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang diperlukan untuk manusia. Makanan harus terdiri daripada pelbagai kelas makanan yang boleh memberi tenaga, mengekalkan kesihatan dan untuk pertumbuhan. Tanpa makanan, kita tidak akan dapat hidup, membesar dan melakukan pelbagai aktiviti harian… MAKAN untuk HIDUP. Bukan HIDUP untuk MAKAN.

Dalam pengambilan makanan seharian kita perlu menentukan kelas makanan utama yang perlu diambil seperti, karbohidrat, protein, lemak, serat, kalsium dan beberapa vitamin lain. Semua makanan ini mampu menjadikan tubuh badan kuat, bertenaga dan membesar dengan sempurna.

Setiap orang sering mempersoalkan tentang DIET. Apa sebenarnya maksud DIET itu?

DIET.


Diet boleh ditakrifkan sebagai makanan yang seimbang ianya mempunyai pelbagai jenis kelas makanan dalam satu-satu sessi pemakanan tertentu. Diet bukan bergantung kepada kuantiti pengambilan pemakanan, tetapi keseimbangan dalam semua jenis makanan yang diperlukan untuk tubuh badan.

Pengamalan Diet yang Sihat:

makan pelbagai jenis makanan
seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
pilih diet yang tinggi kandungan bijian, kekacang dan legumes
makan lebih sayuran dan buah-buahan
banyakkan minum air (6-8 gelas sehari)
pilih diet yang mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah
pilih diet yang mengandungi gula dan garam yang rendah
makan makanan yang bersih dan selamat



FAKTA:

INGAT!
Minum susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari. Makan mengikut masa dan jangan lupa bersarapan. Minum air 6 – 8 gelas sehari. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan bergoreng.




makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang! ingat tu...




bicara minda,

aidasufi

Sunday, October 07, 2007

Menanti Lailatul Qadar

Malam yang sunyi itu
Ditemani suara sang cengkerik
Menjadikan suasana harmoni
Indah sungguh ciptaan Allah
Betapa aku bersyukur dilahirkan ke dunia ini
Sebagai seorang hamba bernama Manusia
Di malam ini... di bulan ini
Penuh rasa kesyahduan
Menitis airmata tanda kesyukuran
Semoga sempat bersama
Di malam Lailatul Qadar
10 hari terakhir Ramadhan
Terasa sayu mengenangkan
Ramadhan akan melangkah pergi
Mampukah aku bersamamu lagi
Ya Ramadhan al-Mubarak di tahun hadapan
Menangisi pemergianmu
Bersyukur atas kurniaan Syawal untukku...
Ilal liqa' Ya Ramadhan...
ahlan wasahlan Ya Syawal...
minan 'aidil wal faizin...

minni,
aidasufi