BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 06, 2006

DALAM TAWA ADA TANGISAN

kenapa Allah memberi kita perasaan ini? Allah kurniakan kepada kita satu perasaan yang lahir dari hati suci murni iaitu perasaan kasih dan sayang. dengan perasaan ini kita mampu menyayangi dan mengasihi sesama manusia dan bersikap belas ihsan terhadap makhluk-Nya haiwan dan tumbuhan. dengan perasaan ini jua kita berupaya merapatkan ukhuwah yang terjalin dan meleraikan kekusutan dihati dengan dendam kesumat mampu dileburkan. namun... kadang kala kita jua terluka disebabkan terlalu menyayangi dan mengasihi...
sama-samalah kita menghayati dan renung kembali apakah makna disebalik kasih sayang itu... sesungguhnya kita bahagia dibawah rahmat dan kasih sayang-Nya.
ingatlah...
setiap apa yang engkau miliki seharusnya engkau cintai/sayangi
dan setiap apa yang engkau cintai/sayangi belum tentu engkau miliki...
semoga kita sama-sama muhasabah diri dan bersyukur diatas kurniaan-Nya untuk kita.
may Allah Bless Us.


ana uhibbukum fillah,
aida sufi

Friday, October 20, 2006

SALAM LEBARAN...

berlalu Ramadhan fajar Syawal menjelma
muslimin muslimat menyambut Hari Raya
takbir dilaungkan tahmid dibacakan
sebulan puasa telah disepurnakan...
diucapkan SELAMAT HARI RAYA...

dikejauhan ini kususun 10 jari memohon ampun dan maaf dari ma abah abg2 kakak2 dan adik2 yang disayangi... tak lupa juga untuk sahabat sahabiah sekalian... semoga hadirnya Syawal kali ini akan mengeratkan lagi ikatan antara kita... bersama rahmat dan redha dari Ilahi...

semoga berkat usaha , doa dan tawakkal kita akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat...

salam perantauan,
puteri AIDA
bumi lawas

Friday, September 29, 2006

Ramadhan tiba lagi...

hari ini sudah 6 hari umat Islam berpuasa. bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. bila menjelang puasa... banyak ibadah2 yang dapat kita laksanakan... solat tarawih, tadarrus al-Quran...dan qiamullail...
kali ini aku sekali lagi menyambut Ramadhan di rantau orang... tanpa keluarga disisi... raya pun tak balik... beraya kat sini je. setiap malam ke Masjid solat tarawih. terasa bahagia dapat melaksanakan ibadah yang hanya pada bulan Ramadhan... rebutlah peluang yang ada ini hanya pada blan penuh kerahmatan dan keampunan ini. semoga kta sama2 mampu mengecapi kemanisan bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

bazaar Ramadhan pun tak kurang hebatnya kat sini.tak pernah pula aku pergi bazaar Ramadhan, sekadar dengar cerita dari orang.

sempena bulan Ramadhan ini, aku titipkan lagu nasyid dendangan IN-TEAM...

KEMULIAAN RAMADHAN
Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menhitung pahala berganda
Ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu mengawal indera
Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab dipusara
Bersyukurlah pada Rahmat-Nya
dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka
yang mendapat keberkatannya
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir Ramadhan
dikurniakan Lilatul qadar
malam yang yang terbaik
diumpamakan seribu bulan
Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

selamat berpuasa juga berbuka puasa dan selamat menunaikan solat Terawih dan jangan lupa tadarrus al-Quran...

Thursday, September 07, 2006

selesai sudah peperiksaan UPSR 2006

semalam adalah hari terakhir murid darjah 6 exam UPSR. semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang. sk Aru Baru, satu nama yang tidak asing lagi dalam hidupku. rasanya, aku dah boleh biasakan diri dengan kg nie. bahasanya pun dah makin faham. bisai, manok, kuyuk, bedak, nyaman, ...ngalih ku eh... malas nk tulis lagi bah... rindu tah pulang....

Saturday, July 15, 2006

rindu memaksaku berada disini...

sudah lama benar tidak menulis disini. rindu pulak. apa khabar yer ma abah adik2 kat kampung? harapnya sehat laa semuanya. lagi 2 minggu bulan 8. alahai, modul institut tak siap lagi... tup2 dah nak masuk bulan 8... kena g ips lagi... mmg cam nie laa rutin setahun setengah nie. minggu lepas, buat KBS 2 untuk budak2 tahun 1. minggu depan buat KBI pulak... untuk budak tahun 5 & 6. camana yer... moga2 segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. susah jugak erk... harap2nya program nie okaylaa.

ehm, hidup nie pasti indah andai apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah Taala. anyway... best of luck.

Friday, June 30, 2006

Bibir Tidak Perlu Berkata-kata...


Bila Hati Sudah Mula Bersuara...
mengapa ia perlu tumbuh
segar mewangi...
sedangkan tumbuhnya
tidak diperlukan
hanyalah menyemak kehidupan...
lantara jangan dihancurkan
kesemua benihnya
mungkin ia akan dikutip
dan disemai kembali
agar tumbuh subur
bagi mengindahkan
suasana sekitarnya...
agar ia menjadi
salah satu dari
berjuta kesayangan dihati..
dalam meniti hari-hari
di dunia ini...

bicara bisu,
puteri aida
arkib:2003

Monday, June 26, 2006

suasana banjir di Aru Baru...


26 jun 2006
gembira atau tidak bila sekolah terpaksa ditutup sebab banjir?... warga sk aru baru diminta pulang awal... sekolah ditutup berikutan banjir tiba2. sungai limpah. air pasang... maklumlah hujan tak henti2 sejak 2-3 hari lepas. nie pun pengalaman jugak... apa taknya, kampungku tak pernah mengalami keadaan macam nie... air dah hampir ke paras paha..



gambar tu banjir pada 23 jun lepas... hari banjirnya lebih buruk dari ari tu... ingat lak masa 3 hari kami di Aru Baru nie... kena banjir jugak... tapi tak laa seteruk ari nie.

mahu ajer aku paparkan gambar sungai penghubung kami ke bandar...

hidup ini banyak cubaannya... itulah besarnya kuasa Allah... bumi mana yang tak ditimpa hujan... lautan mana yang tidak bergelora... begitulah asam garam kehidupan... tak der ujian... bererti Allah tak sayang kita... so, bersyukurlah di atas ujian yang dilalui dan ditempuhi itu...
macam aku nie, bergelar seorang GDL... banyak gak laa dugaannya... maklumlah, belajar sambil mengajar...nak kena fokus kat study lagi... nak kena sediakan rancangan mengajar yang steady lagi... semuanya nak perfect...sebut pasal perfect nie... nak laa aku kongsi lagu perfect nyanyian Simple Plan nie...harapnya dapatlah hayatinya... sekadar hiburan sahaja... just bait2 kata laa...
Hey dad look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?
And do you think I’m wasting my time
Doing things I wanna do
But it hurts when you disapprove all along

And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
And you can’t change me

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero
All the days you spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don’t care anymore

And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
I can’t stand another fight
And nothing’s alright

Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

Nothing’s gonna change the things that you said
Nothing’s gonna make this right again (right again)
Please don’t turn your back
I can’t believe it’s hard just to talk to you
But you don’t understand (you don’t understand)

Cuz we lost it all
Nothing lasts forevr
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

Cuz we lost it all
Nothing lasts forevr
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect

setelah 5 bulan aku di Aru Baru nie, bolehlaa aku berpuas hati dengan pencapaian murid2ku dalam pembacaan Iqra' tu... sudah ramai yang baca Iqra' 3... 2 dan ada 2 orang murid yang dah Iqra' 5. itulah yang mengembirakan hatiku. Ya Allah Kau permudahkanlah urusan anak didikku dan urusanku dalam mencurahkan ilmuMu kepada mereka... agar mereka mampu menjadi anak soleh dan solehah kepada ibubapa mereka... sesungguhnya aku bahagia di sini... semoga setiapa apa yang aku kerjakan ini mendapat rahmat dan keredhaan Ilahi...

selamat berjuang anak bangsaku... dimana bumi dipijak disitu syariat ditegakkan... takbir...Allahu Akbar.


Friday, June 23, 2006

memori 16 jun















16 jun...
hari ulangtahun kelahiranku yang ke 26. dah lebih suku abad aku menghuni di alam fana ini. betapa aku bersyukur di atas nikmat usia yang dikurniakan ini. thank you Allah.
pada ulangtahun kelahiranku kali ini... kami telah mengadakan sedikit jamuan bersempena kami habis interaksi pertama di Institut Perguruan Sarawak. konon2 untuk release tension laa tu... kami buat laksa penang n satay. meriah sugguh suasana malam tu... sudahlah petang tu kami pergi kenduri di kampung kat Sundar. siap menepung tawar pengantin lagi... hihihi... itulah pengalaman pertamaku dalam upacara sedemikian. pengalaman laa tu. ehm...
terima kasih kuucapkan buat sahabiah sekalian yang sudi hadir ke jamuan yang tak seberapa di quarters kami di SK Aru Baru. lain kali mai laa lagi... kita berkumpul disini...nie gambar semasa atas bot dan gambar bersama pengantin...

Thursday, June 15, 2006

bicara seorang teman...

salam.
hari ini 15 Jun 2006.

esok adalah hari ulangtahun kelahiranku yang ke 26. sudah lebih kurang suku abad aku mendiami bumi Allah ini. betapa aku bersyukur atas nikmat usia dan nikmat iman serta Islam untukku. Thank you Allah. berlalu sudah intraksi pertama ku di IPS. interaksi kedua menyusul tidak lama lagi. banyak modul yang perlu disiapkan. begitulah rutin seorang pelajar. itulah yang menyeronokkan bergelar seorang pelajar.
2minggu lebih berada di Miri, amat mengembirakan hati kerana dapat ketemu kawan2 dan dapat berkongsi idea dan bertukar2 pandangan... masing2 punya cerita yang tersendiri. pengalaman di sekolah banyak mengajar kami erti lebih bersikap tanggungjawab. tanggungjawab sebagai khalifah di muka Bumi ini.
tak terduga olehku masing2 punya kretiria yang berbeza. BIG mampu menjadikan kami seoeang yang tabah, cekal, berani serta berkomitmen. semangat setia kawan dan semangat berpasukan dapat dipupuk. seandainya, aku diberi peluang sekalu lagi untuk mengikuti program sebegitu... akan aku laksanakan ia dengan lebih baik.
terima kasih buat kem comandand, mentor2, para pensyarah serta kawan2 semua...
sama2lah kita mendukung amanah yang diberi dengan sesempurna yang mampu.

Tuesday, May 23, 2006

esok... segalanya bermula

aku perlu melaporkan diri ke Institut Perguruan Sarawak, Miri Esok untuk sesi Interaksi pertamaku setelah lebih kurang 5 bulan aku diterima mengikuti kursus KPLI-SR MOD LPBS j-QAF. Inreraksi kali ini bukan sahaja ikuti kelas tutorial tetapi juga perlu mengikuti satu program khusus bagi setiap bakal guru... BIG... Bina Insan Guru. program ini bertujuan untuk membina jati diri guru yang seimbang dan memantapkan sahsiah diri dari segi rohani dan jasmani. nak jadi cikgu kenalah lasak... tul tak?

ESOK! aku kesana bersama 9 rakan seangkatan denganku. kami menaiki van kesana. perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam. lama jugak tu. kami akan melalui negara jiran iaitu Brunei. ari tu dah lalu sekali... masa pergi interaksi kat Limbang. negara Brunie nie kecil kan... not bad laa. rumah2 mereka besar2 jugak... susah gak laa nk cari atau jumpa rumah kecil tu. mungkin hanya sebagai bangsal di sawah jer kot yang damit2. ehm.... betapa itulah rezeki untuk mereka... sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Kaya.

aku disana (MIRI) dalam lebih kurang 2 minggu ... sepanjang cuti sekolah nie, aku disana. beginilah rutin seorang GDL yang mengikuti kursus MOD LPBS. apapun, aku bersyukur diatas nikmat yang Allah kurniakan. tak terjangkau Rahmat-Mu ya Rabb. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Mu. kita patut berterima kasih atas nikmat ilmu dan nikmat usia yang dikurniakan untuk kita. semoga apa jua yang kita curahkan ini akan berkekalan hingga di akhirnya... hingga berakhirnya dunia ini...

bertemu kita di lain waktu...

Monday, May 22, 2006

bertemu kembali....

semalam...
kita bersama-sama menelaah pelajaran
hari ini...
kita membawa haluan masing-masing
punya kerjaya sendiri... keluarga sendiri...
esok...
mampukah kita bertemu lagi
mengimbau peristiwa masa lalu
betapa aku merindui saat itu...