Tuesday, May 23, 2006

esok... segalanya bermula

aku perlu melaporkan diri ke Institut Perguruan Sarawak, Miri Esok untuk sesi Interaksi pertamaku setelah lebih kurang 5 bulan aku diterima mengikuti kursus KPLI-SR MOD LPBS j-QAF. Inreraksi kali ini bukan sahaja ikuti kelas tutorial tetapi juga perlu mengikuti satu program khusus bagi setiap bakal guru... BIG... Bina Insan Guru. program ini bertujuan untuk membina jati diri guru yang seimbang dan memantapkan sahsiah diri dari segi rohani dan jasmani. nak jadi cikgu kenalah lasak... tul tak?

ESOK! aku kesana bersama 9 rakan seangkatan denganku. kami menaiki van kesana. perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam. lama jugak tu. kami akan melalui negara jiran iaitu Brunei. ari tu dah lalu sekali... masa pergi interaksi kat Limbang. negara Brunie nie kecil kan... not bad laa. rumah2 mereka besar2 jugak... susah gak laa nk cari atau jumpa rumah kecil tu. mungkin hanya sebagai bangsal di sawah jer kot yang damit2. ehm.... betapa itulah rezeki untuk mereka... sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Kaya.

aku disana (MIRI) dalam lebih kurang 2 minggu ... sepanjang cuti sekolah nie, aku disana. beginilah rutin seorang GDL yang mengikuti kursus MOD LPBS. apapun, aku bersyukur diatas nikmat yang Allah kurniakan. tak terjangkau Rahmat-Mu ya Rabb. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Mu. kita patut berterima kasih atas nikmat ilmu dan nikmat usia yang dikurniakan untuk kita. semoga apa jua yang kita curahkan ini akan berkekalan hingga di akhirnya... hingga berakhirnya dunia ini...

bertemu kita di lain waktu...

Monday, May 22, 2006

bertemu kembali....

semalam...
kita bersama-sama menelaah pelajaran
hari ini...
kita membawa haluan masing-masing
punya kerjaya sendiri... keluarga sendiri...
esok...
mampukah kita bertemu lagi
mengimbau peristiwa masa lalu
betapa aku merindui saat itu...