Thursday, May 17, 2007

16 Mei 2007.... Selamat Hari Guru

GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG
begitulah tema Hari Guru tahun ini. mengapa dikatakan guru penjana modal insan gemilang? wah! berat dan besar sungguh tanggungjawab seorang guru itu. yelah... menjana modal insan. modal itu sendiri bermaksud aset yang dipertaruhkan. dalam melahirkan individu yang cemerlang dari pelbagai aspek yang merangkumi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan Aqidah... gurulah yang memainkan peranan dalam usaha mengeluarkan produk yang berkualiti dan bermutu. eh, macam kilang laa pulak. melihatkan tahap kecemerlangan akademik bagi negara kita amat membanggakan. tapi bagaimana dengan aspek akhlak dan moral mereka? sebab itulah kita tidak seharusnya memandang enteng terhadap masalah sosial yang berlaku dalam negara kita hari ini. kita sebagai guru bukan sahaja mahu melihat pelajar2 kita berjaya dalam akademik tetapi cemerlang dalam aspek lain seperti kokurikulum. keterlibatan pelajar2 dalam aktiviti kokurikulum mampu mengurangkan masalah sosial dikalangan pelajar sekolah. ini kerana, mereka telah sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan dan mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk disamping mampu berdikari dalam menguruskan kehidupan sendiri. setiap individu itu adalah berbeza. guru2 lah yang dapat mengenal pasti kecenderungan arah mana pelajar2 mereka. gurulah yang akan membantu mencorak dan membimbing mereka ke arah perkembangan kendiri yang positif. tanpa kesungguhan guru2 serta tanpa kesanggupan pelajar2 itu sendiri juga sokongan padu daripada ibu bapa maka setiap impian yang di canang akan musnah begitu sahaja. pelajar2 hari ini sudah cemerlang tetapi kita mahu mereka ini gemilang. pelajar2 adalah modal bagi guru2 dalam merealisasikan tema Hari Guru tahun ini... Guru Penjana Modal Insan Gemilang.

Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia... semoga mampu menjadi seorang guru yang berdedikasi sekaligus berupaya merealisasi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Islam.

Tajuk: Terima kasih guruku.

Guru,
Engkau ibarat lilin
Membakar diri untuk menerangi alam
Mencurahkan ilmu untuk anak bangsa
Agar menjadi insan berguna
Guru,
Tidak mengenal erti penat dan lelah
Mendidik tanpa rasa jemu
Terlalu besar pengorbananmu
Tidak ternilai dengan intan dan permata
Guru,
Jasamu terlalu tinggi
Tidak berbayar dengan wang dan harta
Semoga hidupmu dirahmati
Terima kasih atas jasa-jasamu guruku


Tajuk: Pondok yang usang

Di sini,
Di pondok yang usang
Aku pernah berdiri mendongak ke langit
Menghitung hari mencari kebahagiaan
Saban hari berusaha tanpa jemu
Demi meraih segugus kejayaan

Hari ini,
Di pondok usang
Aku mampu tersenyum keriangan
Tergenggam kukuh di tangan segulung ijazah
Menjadi kebanggaan ayah dan bonda
Tiada lagi kekecewaan semalam
Kejayaan milikku akhirnya

Pantun.

Pergi ke pasar membeli ikan
Ikan dibeli bersama daun pandan
Budaya 3M perlu diamalkan
Untuk kejayaan di masa hadapan

Suasana Subuh sngguh bening
Terdengar kokokan si ayam jantan
Semasa belajar jangan bising
Mendapatkan ilmu sebagai pedoman

Dari Kelantan berhijrah ke Miri
Untuk mendapatkan secebis ilmu
Ilmu duniawi juga ukhrawi
Untuk dicurahkan kepada anak didikmu

Pergi ke hutan mencari akar
Untuk hiasan di ruang tamu
Ingatlah apa yang kita ikrar
Mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu

Pulau Tioman Tasik Chini
Pulau Perhentian Pulau Redang
Tema Hari Guru Tahun 2007 ini
Guru Penjana Modal Insan Gemilang

sajak dan pantun tu saya karang sendiri bersempena assignment Modul Bahasa Melayu Mei/Jun 2006 lepas. akhir kalam... Semoga Ceria Selalu...

No comments: