BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 29, 2006

Ramadhan tiba lagi...

hari ini sudah 6 hari umat Islam berpuasa. bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. bila menjelang puasa... banyak ibadah2 yang dapat kita laksanakan... solat tarawih, tadarrus al-Quran...dan qiamullail...
kali ini aku sekali lagi menyambut Ramadhan di rantau orang... tanpa keluarga disisi... raya pun tak balik... beraya kat sini je. setiap malam ke Masjid solat tarawih. terasa bahagia dapat melaksanakan ibadah yang hanya pada bulan Ramadhan... rebutlah peluang yang ada ini hanya pada blan penuh kerahmatan dan keampunan ini. semoga kta sama2 mampu mengecapi kemanisan bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

bazaar Ramadhan pun tak kurang hebatnya kat sini.tak pernah pula aku pergi bazaar Ramadhan, sekadar dengar cerita dari orang.

sempena bulan Ramadhan ini, aku titipkan lagu nasyid dendangan IN-TEAM...

KEMULIAAN RAMADHAN
Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menhitung pahala berganda
Ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu mengawal indera
Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab dipusara
Bersyukurlah pada Rahmat-Nya
dikurnia bulan yang mulia
beruntunglah bagi mereka
yang mendapat keberkatannya
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
Sepuluh akhir Ramadhan
dikurniakan Lilatul qadar
malam yang yang terbaik
diumpamakan seribu bulan
Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

selamat berpuasa juga berbuka puasa dan selamat menunaikan solat Terawih dan jangan lupa tadarrus al-Quran...

Thursday, September 07, 2006

selesai sudah peperiksaan UPSR 2006

semalam adalah hari terakhir murid darjah 6 exam UPSR. semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang. sk Aru Baru, satu nama yang tidak asing lagi dalam hidupku. rasanya, aku dah boleh biasakan diri dengan kg nie. bahasanya pun dah makin faham. bisai, manok, kuyuk, bedak, nyaman, ...ngalih ku eh... malas nk tulis lagi bah... rindu tah pulang....