BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

Anugerah Cinta

"Kugapai cintamu biarpun hati sering dilukai..."

Mama pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan, lemah lembut ketika mengalunkan bicara, mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang.


          Wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram. Tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan, cemas dan gelisah, wajah mereka mampu menenangkan hati. Apatah lagi saat bermanja, sesiapa sahaja pasti senang hati.

            Kata mama lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai. Seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan. Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami, malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Wanita adalah pendorong semangat.

            Kata orang, di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar. Lalaki lazimnya memerlukan seorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya. Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar wanita. Tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang beronak liku.

             Kata mama, kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar. Segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup. Oleh itu, menurut kata mama adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya. Sekurang-surangnya, kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kita akan lebih realistik.

             Kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta. Kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat.

              Memang perkahwinan itu satu perjudian. Antara baik dan buruk, manis danpahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan. Lebih-lebih lagi, insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita. Tetapi siapa tahu rahmat yang Tuhan telah janjikan kepada setiap hambaNya. Tuhan tidak akan menganiaya hambaNya yang pasrah dan redha pada takdir.

             Mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolok bandingannya. malah, tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasihyang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang.

            Mungkin ketika melayari cinta, mereka tampak prihatindan berbudi pekerti, mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelakiyang alpa dan ganas. Tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya.


(copyright by: Novel Anugerah Cinta hasil nukilan Nurmi Syakimi)


Cinta...ia  hadir tanpa diundang. Tiada paksaan... Hadirnya satu anugerah yang sangat bernilai. Rasa kasih, sayang, rindu... membuahkan bibit-bibit cinta...

               "Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela... dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula...."

Unik sungguh anugerah yang Allah kurniakan untuk kita hambaNya yang diberi akal fikiran yang sempurna berbeza dengan makhluk Allah yang lain. Bersyukurlah kita di atas nikmat berakal ini. Dengannya kita berupaya membuat pilihan yang sewajarnya untuk meraih sebuah kebahagiaan di dunia sekaligus mendapatkan keredhaanNya yang hakiki untuk kebahagiaan di akhirat kelak. Berpandukan akal, berteraskan iman dan taqwa yang tumbuh subur di dasar hati... Buatlah satu penilaian yang sebaiknya untuk mencapai kenikmatan hidup dalam rahmat dan kasih sayangNya.


               Ya Allah...
               Seandainya telah Kau catatkan
               Dia milikku tercipta untuk diriku...
               Satukanlah hatinya dengan hatiku
               Titipkanlah kebahagiaan....
               Ya Allah....
               Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
               Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
               Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
               Pelihara daku dari kemurkaanMu....


Perasaan indah ini terlalu indah dan cukup indah dan hanya yang bertuah sahaja mampu memiliki dan merasai nikmat perasaan ini... Semoga perasaan ini hadir bersama rasa cinta kepadaNya. Cinta Ilahi cinta hakiki. Sayanglah kamu kepada saudaramu kerana Allah... Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya. Ingatlah, sesungguhnya redha Allah bersama redha ibu bapa...


Di hari baik, bulan baik ni... saya mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa... termakan terminum... halalkanlah ye... juga... Selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Salam sayang dariku,
 Puteri aida.

Saturday, July 10, 2010

Percaya Ada Cinta...

"Haruskah kuluahkan isi hati sedang di bibir tak bisa melafazkan janji"

Duhai angin, duhai bintang, kirimkan salamku buat si Pungguk yang tak pernah mengerti. Yang tidak pernah tahu Bulan ini sudah lama menaruh hati. Begitu lama menyimpan perasaan, agar sang Pungguk sentiasa menemani sang Bulan, walaupun adakalanya sang Bulan dilindungi awan... dan dikala Bulan pergi melengkapkan putaran alam. Andainya kau Pungguk yang setia, temanilah aku walau ke hujung dunia...

 (copyright dr. novel Percaya Ada Cinta nukilan Ryana Adrina)


Aku cuba meletakkan diri aku dalam situasi ini... adakah aku akan jd Bulan atau Pungguk? 

Seandainya aku memilih untuk jadi sang Pungguk:
Aku pasti akan merana dan kecewa selama2nya. Apa yang jelas dan yang pasti sang Pungguk merindui sang Bulan... ibarat pepatah menyatakan "Bagai Pungguk Rindukan Bulan". Sedangkan Pungguk sedia maklum bahawa dia tak mungkin dan tidak akan dapat menggapai dan memiliki sang Bulan. Dia hanya mampu memuja sang Bulan bila malam menjelma... Aku tidak mahu menjadi seperti si Pungguk. Tidak pernah berusaha untuk mendapat apa yang diimpikan...



Seandainya aku memilih untuk menjadi sang Bulan:
Aku juga tidak akan merasa bahagia walau hakikatnya aku sedar dan yakin ada sang Pungguk sedang merinduiku dan selamanya memujaku. Patutnya aku merasa bangga dan teruja dengan perhatian yang diberikan oleh si Pungguk. Saban hari, setiap malam Pungguk pasti setia menunggu kehadiran sang Bulan. Betapa indahnya saat itu. Namun apakan daya, Bulan hanya mampu melihat sang Pungguk dari jauh tanpa dapat menyapanya. Sesungguhnya, aku tidak rela menjadi sang Bulan... walaupun indah, teruja dengan kecantikannya... sang Bulan tetap dapat meraih cinta sang Pungguk.



Apa lagi pilihan ku??... Aku lebih rela menjadi pohon tempat persinggahan sang Pungguk:
Andainya aku sepohon pokok yang teguh berdiri walaupun tanpa sehelai daun. Namun aku bangga kerana aku dapat menemani sang Pungguk ketika sang Pungguk hadir untuk melihat sang Bulan. Aku rasa bahagia bila melihat Sang Pungguk bahagia walaupun aku tahu hati sang Pungguk dalam keadaan rawan... merindu pada sang Bulan yang tak mungkin jatuh ke riba. Aku bahagia saat Pungguk singgah dibahuku, bersamaku walaupun Pungguk tidak sedar aku sentiasa bersamanya. Bak kata pepatah "Kita akan merasa bahagia seandainya kita dapat membuat kesayangan kita gembira dan bahagia". Kebahagiaan Pungguk adalah kebahagiaan Pokok jua. Aku bahagia menjadi Pokok kerana aku selalu ada untuk Pungguk.



Emmm... pandai jugak aku berkata2 ye. Ntah betul ntahkan tidak ayat aku ni... yang pasti aku menulis melalui rasa dan gerak hati aku. Aku bahagia sangat2. Aku tak tahu kenapa... TQ Allah atas nikmat kasih sayangMU untukku. Aku redha dan pasrah atas segala ketentuanMU untukku, kerana aku yakin dan pasti ENGKAU Maha Mengetahui apa dan mana yang terbaik untuk hambaMU ini.



Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa, sejak dulu sampai kini, tetap suci dan abadi... Renungkanlah...


Bicara Hati,
Puteri Aida 10072010...diruang tamu.

Tuesday, July 06, 2010

Cerita Tentang Aku...

Terasa rindu plak nak berceloteh disini. Banyak jugak cerita dalam kepala ni nak create kat sini. Nak mula cerita mana yer?? Ikut turn laa kan... okay... satu... satu...


APRIL 2010.

1 - 4 April 2010, Jaulah ke Kuching...

Aku, Sal, Mariza, Norma dan baby Irdina  pergi jalan2 kat Kuching. Sehari sebelum tu kami singgah kat Miri. Transit umah K.Bie n K.Nurul... Tq kakak2ku atas layanan kalian sepanjang keberadaan kami disana.

Kami berada di Kuching selama 3 hari 2 malam. Memang banyak cerita laa kat sana. Kami sampai juga kat Serikin... ala sempadan Indonesia tu... Saja2... jalan2 kenal tempat orang. Tapi memang laa... walaupun kami terpaksa 'makan buah langsat' disebabkan kami  drive sendiri... huhuhuhu... last2 kena minta tolong Tourism Guide jugak tunjukkan jalan. Banyak jugaklaa kami snap gambar... Kenangan Kuching. Kami tinggal kat Hotel 360. Memang sesuai dengan ke'sesat'an kami tu. Huhuhuhu... Memang pusing bandaraya Kuching tu laa 360 darjah. Lawak lak rasa. Alhamdulillah, Pasar Satok sempat gak kami kenal... paling best dapat menjamu selera di Restoran RM17. 

Abis sudah cerita di Kuching...


MTAQ Daerah Lawas dan Bahagian Limbang.

 Tahun ni, sekali lagi aku dijemput ke MTAQ peringkat Daerah Lawas sebagai JURUKIRA. TQ diatas kepercayaan yang diberikan. Apa yang best sangat peristiwa di MTAQ ni? Ehem... Ehem... so secret laa...  Rasa segan laa plak nak write kat sini. Biarlaa kenangan di MTAQ, di bilik Tilawah al-Quran tu menjadi rahsia hati... Alhamdulillah, 2 peserta SK Aru Baru berjaya mendapat nombor untuk ke peringkat Bahagian Limbang. Tapi, pada MTAQ Bahagian, peserta SK Aru Baru tidak berjaya. Huhuhuhu... 

Stop cerita MTAQ.. Tinggal Kenangan. Sweet Memory.


MEI 2010:


Dari KLIA ke PUTRAJAYA...

Aku dan Simah transit KL dulu sebelum balik bercuti Semester Pertama... (28 - 30 Mei 2010)

Seronok gak jalan2 KL ni. Kami stay rumah Zurina. Tq Zurina atas layanan ko pada kami sepanjang kami berada kat umah ko. Pergi KL Sentral, KLCC, Masjid Jamik, Sogo, then... sempat jugak kami g Nilai N9. Jalan2 cari benda yang berkenan di hati... beli... then... blah... Heheheheheehh...

Cerita KL... ada rahmat di sebalik semua ini... ada kenangan indah tercipta disini... adakah ini ketentuanNYA atau sekadar menguji tahap keimananku?? Apa2 pun, semoga ianya Husnul Khatimah.


JUN 2010:

4, 5 & 9 Jun 2010, Majlis kawen abang aku... Tahniah buat abangku Jasman dan kakak iparku Che Hasmaria. Aku doakan kebahagiaan korang dunia dan akhirat. Aku sayang kamu. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan2 yang sudi menghadiri majlis kenduri pada 9hb Jun lepas... 


16 Jun 2010, hari ni my birthday... tahun ni adalah berday aku yang paling bermakna sepanjang umur hidupku. Aku dapat sambut besday aku bersama orang2 yang tersayang... saper lagi lau bukan my beloved family... ma, abah, k.nie, dan adik2 ku serta sepupu2 ku juga anak2 buahku... Terharu rasa bila mana abah membacakan doa selamat pada majlis kesyukuran tu... Tq abah... Eda sayang abah... rasa nak peluk abah laa plak.. huhuhuhu... Hadiah yang cukup bermakna bagi ku... Doa dr seorang abah dan ciuman dr adikku Yusfa... rasa nak nangis laa plak... huhuhuhu... mampukan ku ulangi lagi memori semalam pada hari ulangtahun kelahiranku yang seterusnya... aku sayang kamu semua... terima kasih juga buat kawan2 yg telah wish on my birthday... i love youall... Muaaah!


JULAI 2010:

3 & 4 Julai, kami berkumpul di Trusan. Siapa kami? Kami ialah... aku, sal, k.za, simah, asnurol, mariza, k.nie, norma, jae, k.sue n k.as... ramainya... seronok sangat bila dapat berkumpul camni sekali sekala. Apa yang lebih seronok ialah... malam tu kami tonton perlawanan FIFA World Cup antara team Argentina VS German. Best sangat2... ada kenangan disitu... 


Tak der idea dah nk tulis... makin banyak tulis makin sayu plak rasa... peristiwa hari ini akan menjadi kenangan hari esok... yang pasti kenangan itu adalah yang terindah dalam hidupku walaupun ianya terlalu  pahit untuk dikenangkan... Teringat plak lagu... Kenangan Terindah nyanyian Simsons...(ye ke ejaan tu) huhuhuhu...


Semoga ada lagi jodoh untuk aku menulis di sini.


Salam sayang dariku...
Puteri Aida








Tuesday, February 16, 2010

Kenangan Pulau Manukan

Thursday, January 21, 2010

Adam dan Hawa

Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu Adam?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini...


Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didiikanmu terhadapku sama
seperti Nabi Muhammad S.A.W. terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah ahklak Adam-adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku... Akalku satu nafsuku seribu!
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu....



Petikan: Warkah Dakwah 1986


* Entry ini saya ambil dari sebuah buku simpanan saya untuk tatapan pengunjung blog ini. sama2lah kita muhasabah diri kita. Bagaimana keadaan dunia sekarang? Kita semakin hampir kepadaNYA.


Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.




Bicara muhasabah,

Puteri Aida

MUM II 2009 Dalam Kenangan

Majlis Untaian Mahabbah II (MUM II) 2009 telah diadakan pada hari raya Aidil Fitri kedua 1430H, bertempat di Sekolah Pasti Sg. Pas. Walaupun hanya 13 orang yang hadir, namun majlis tersebut tetap meriah. Bukan senang nak mengumpulkan sahabat-sahabiah yang terpisah. Masing-masing ada haluan sendiri. Bersama keluarga di Hari Lebaran adalah saat yang paling bermakna. Walaupun entry ini patutnya dipostkan tahun lepas lagi, memandangkan saya sendiri sibuk dan tiada masa untuk mengupload dan menulis entry ni... itulah yang menyebabkan cerita ini baru dipostkan.



Saya selaku pengelola MUM II 2009, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabiah yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi menghadirkan diri dan membantu saya dalam menjayakan Majlis tersebut. Jutaan kemaafan juga saya pohon seandainya selama majlis itu berlangsung ada cacat celanya. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari sifat sebagai seorang hamba yang serba kekurangan berbanding Dia Yang Maha Sempurna.



Kenangan bersama kalian adalah antara kenangan yang terindah dalam hidupku. Memory with you all never dies.



Mini, Aya, Nor n Julia



Anak Miza, Miza, Mini n Nor



Kawan2 Yang hadir MUM II 2009

Duduk depan: Eda n Ila
Tengah: Anak Miza, Miza, Aya, Azlini, Mini, Nor dan Julia
Berdiri: Azmi, Ahmad, Jasman, Jabal dan Abdullah



Geng muslimah yang hadir...





Selama ini kumencari-cari teman yang sejati
untuk menemani perjuangan suci
bersyukur kini padaMu Ilahi
teman yang di cari selama ini
telah kutemui...

Dengannya disisi perjuangan ini
senang diharungi bertambah murni
kasih Ilahi...





Bicara semalam,

Aida Sufi...