Tuesday, October 09, 2007

Menjelang Syawal 1428H

Alhamdulillah, kita sudah menjalani ibadah puasa selama 27 hari… melepasi 10 hari awal Ramadhan bersama Rahmat-Nya. 10 hari pertengahan Ramadhan bersama Magfirah-Nya dan moga-moga kita sempat bersama 10 hari terakhir Ramadhan ini bersama-sama dijauhkan dari seksaan api neraka. Semoga bertemu dengan satu malam yang padanya dilipat gandakan pahala setiap amalan kebaikan dinamakan malam “LAILATUL QADAR”.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

من قام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Yang bermaksud:
Barang siapa yang mendirikan puasa dibulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.


Setelah sebulan berpuasa – menahan diri dari lapar dan dahaga serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari- kita dikurniakan satu hari yang bermakna iaitu HARI RAYA AIDILFITRI tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa bersama-sama ibadah lain dibulan puasa – solat terawih, tadarrus al-Quran dan lain-lain lagi-.

Bersama takbir raya kita mengunjungi kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi... menjamu selera... pelbagai juadah disediakan – ketupat, lemang, kuih muih, lontong, nasi impit, nasi minyak – pastinya kemeriahan terasa dan jangan lupa pada yang tidak berkemampuan dan yang telah tiada.


Puasa melatih kita sabar
Puasa menjadikan kita sehat
Puasa perlukan keikhlasan di dalam bulan Ramadhan
Paling penting sebelum hari raya
Tunaikan zakat fitrah
Agar dapat kita beraya bersama
Tanpa mengira miskin dan kaya
Minal ‘Aidil wal Faizin...



Salam lebaran buat semua...
Kususun 10 jari memohon ampun dan maaf
Agar diampunkan kesalahan lalu
Bersama meraikan ‘Idul Fitri dengan rasa syukur pada-Nya.


salam ingatan tulus ihklas maaf zahir dan batin,
puteri aida
09102007-Selasa

No comments: