Monday, August 04, 2008

Dirimu masih di hati...


Tak terasa masa berlalu
Rupanya telah jauh kenangan itu kutinggalkan
Namun aku tertanya-tanya
Mengapa masih rindu itu menyapa
Mengapa masih wajah itu menerpa
Mengapa masih hati ini terluka

Saat itu
Aku seakan nekad
Melepaskan segalanya pergi
Melupuskan kenangan yang sentiasa di minda
Melupakan kau yang selalu di hati
Demi hati yang luka
Kerana jauh di dasar hati
Aku tidak ingin dilukai untuk kesekian kali

Tapi entah kenapa
Hati kecilku sering berkata
Kau masih ku rindui
Kau masih ku cintai
Kau masih lagi menjadi yang pertama di hati
Andai begini sudahnya
Mengapa aku sanggup membuat keputusan itu
Hati kini meragui
Ketepatan jalan yang aku sendiri tentukan

Tapi syukurlah
Akal ini memberitahu
Aku masih di jalan yang benar
Aku telah memilih keputusan yang tepat
Aku tahu kini
Mengapa dia masih di hati
Kerana dia yang pertama membuka pintu hati
Namun bukan bermakna dia yang terakhir dalam hidup ini
Kerana tuhan lebih tahu yang terbaik untukku
Mungkin ini cuma dugaan kecil
Untuk memberiku kesedaran tentang pentingnya Dia dalam hidup insan

Kalau dulu aku ragu
Adakah aku mampu mencintai insan lain selepasnya
Tapi kini aku mengerti
Pasti satu saat nanti ada jodoh yang menanti
Terima kasih tuhan atas takdir ini


Bicara hati,
aida_sufi

No comments: