BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

Anugerah Cinta

"Kugapai cintamu biarpun hati sering dilukai..."

Mama pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan, lemah lembut ketika mengalunkan bicara, mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang.


          Wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram. Tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan, cemas dan gelisah, wajah mereka mampu menenangkan hati. Apatah lagi saat bermanja, sesiapa sahaja pasti senang hati.

            Kata mama lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai. Seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan. Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami, malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Wanita adalah pendorong semangat.

            Kata orang, di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar. Lalaki lazimnya memerlukan seorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya. Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar wanita. Tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang beronak liku.

             Kata mama, kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar. Segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup. Oleh itu, menurut kata mama adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya. Sekurang-surangnya, kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kita akan lebih realistik.

             Kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta. Kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat.

              Memang perkahwinan itu satu perjudian. Antara baik dan buruk, manis danpahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan. Lebih-lebih lagi, insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita. Tetapi siapa tahu rahmat yang Tuhan telah janjikan kepada setiap hambaNya. Tuhan tidak akan menganiaya hambaNya yang pasrah dan redha pada takdir.

             Mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolok bandingannya. malah, tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasihyang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang.

            Mungkin ketika melayari cinta, mereka tampak prihatindan berbudi pekerti, mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelakiyang alpa dan ganas. Tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya.


(copyright by: Novel Anugerah Cinta hasil nukilan Nurmi Syakimi)


Cinta...ia  hadir tanpa diundang. Tiada paksaan... Hadirnya satu anugerah yang sangat bernilai. Rasa kasih, sayang, rindu... membuahkan bibit-bibit cinta...

               "Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela... dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula...."

Unik sungguh anugerah yang Allah kurniakan untuk kita hambaNya yang diberi akal fikiran yang sempurna berbeza dengan makhluk Allah yang lain. Bersyukurlah kita di atas nikmat berakal ini. Dengannya kita berupaya membuat pilihan yang sewajarnya untuk meraih sebuah kebahagiaan di dunia sekaligus mendapatkan keredhaanNya yang hakiki untuk kebahagiaan di akhirat kelak. Berpandukan akal, berteraskan iman dan taqwa yang tumbuh subur di dasar hati... Buatlah satu penilaian yang sebaiknya untuk mencapai kenikmatan hidup dalam rahmat dan kasih sayangNya.


               Ya Allah...
               Seandainya telah Kau catatkan
               Dia milikku tercipta untuk diriku...
               Satukanlah hatinya dengan hatiku
               Titipkanlah kebahagiaan....
               Ya Allah....
               Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
               Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
               Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
               Pelihara daku dari kemurkaanMu....


Perasaan indah ini terlalu indah dan cukup indah dan hanya yang bertuah sahaja mampu memiliki dan merasai nikmat perasaan ini... Semoga perasaan ini hadir bersama rasa cinta kepadaNya. Cinta Ilahi cinta hakiki. Sayanglah kamu kepada saudaramu kerana Allah... Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya. Ingatlah, sesungguhnya redha Allah bersama redha ibu bapa...


Di hari baik, bulan baik ni... saya mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa... termakan terminum... halalkanlah ye... juga... Selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Salam sayang dariku,
 Puteri aida.

2 comments:

Norhasmah Ab. Rahman said...

nice entry... :-)

Yuslaila Nani Mohamad said...

hasmah: tq...saje nak kongsi apa yg sy baca...