Tuesday, July 22, 2008

Setelah Lama Menyepi.... Kini Kembali...

Salam untuk semua. Dah lama bebenor tidak menulis disini. Rindu sesangat. Senangnya dalam hati bila dapat menulis lagi...
Nak cerita pasal apa yer? Ehmmm... sy nak kongsi cerita. Hari Ahad lepas, saya ada menonton HALAQAH, di TV9 Dekat Di Hati. Best jugak tajuk perbincangan pada malam tu.... "Bintang 12".
Untuk pengetahuan semua... untuk peringatan kita bersama...
Membaca ramalan Horoskop di majalah2 atau di akhbar2 itu adalah satu tabiat yang perlu dihindari mulai saat ini. Sebab apa?... Sebabnya, dalam Fatwa Sheikh Al-Qardawi... ada menyebut, sesiapa yang membaca ramalan Horoskop dan tidak berniat untuk mempercayainya (suka2 laa tu) hukumnya adalah Haram dan tidak diterima Solatnya selama 40 hari. Keadaan lain pula, sesiapa yang membaca ramalan Horoskop dan mempercayainya maka haram baginya dan dia telah kufur kepada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. ( Al-Quran ada menyebut tentang tilikan nasib dan nujum). Satu keadaan lagi, hukumnya Harus, apabila seseorang itu membaca ramalan Horoskop itu kerana berniat untuk menyangkal setiap apa yang diberitahu oleh ramalan tersebut.
So, lepas ni... sama2 lah kita muhasabah diri dan berhati2 dalam setiap tindak tanduk kita.
Sekarang ni musim buah kan. Mesti best kan dapat makan buah2... durian, dokong, manggis, rambutan and etc.


Ehmmm... Satu lagi laa nk post.


CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH:

*Mentaati perintah Allah dan mentaati kedua ibu bapa.
*Sentiasa mencari keredhaan kedua ibu bapa untuk mendapat keredhaan Allah.
*Berbakti kepada keduanya sama ada ketika mereka hidup atau telah meninggal.
*Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

KELEBIHAN ANAK YANG SOLEH:


*Perisai bagi ibu bapanya dari neraka.
*Dapat memberi manfaat kepada kedua ibu bapa ketika hidup atau mati.
*Dapat memasukkan kedua ibu bapanya ke dalam syurga.
*Doa anak soleh, pahalanya terus mengalir kepada orang tuanya yang telah meninggal dunia.

semoga jumpa lagi...

Puteri Aida.

1 comment:

PakciQue said...

Horoskop telah difatwakan sebagai haram. Dan haram membaca walaupun sekadar suka-suka..

Tapi, bagaimana pula dengan "Mengenal Peribadi Melalui Bulan Kelahiran", atau "Mengenal Peribadi Melalui Bentuk Tulisan", "Mengenal Peribadi Melalui Rambut", dan sebagainya.

Baca Mengenal Peribadi Melalui... Haram Tak? untuk ulasan selanjutnya.