Saturday, June 16, 2012

16 Jun kembali lagi...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrah Allah swt kerana masih lagi di beri kesempatan menikmati nikmat usia. Hari ini, genaplah usiaku 32 tahun... tak lupa juga bersyukur sangat-sangat di atas kenikmatan dalam menikmati 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. "Ya Allah, aku memohon Engkau panjangkan usiaku, Engkau hiasikan usiaku ini dengan kuntuman kesihatan yang baik, kelopak kebahagiaan serta Engkau siramkan kasih sayangMu untukku agar aku dapat mencambahkan ibadahku kepadaMU. Bersama kuntuman kesihatan dan kelopak kebahagiaan ini, aku akan terus berjuang demi agamaMu ya Allah. Engkau pahatkanlah iman dan teguhkanlah ketaqwaan diri ini kepadaMu, semoga aku mampu menjadi seorang srikandi yang memperjuangkan dan mempertahankan agamaMU, agama Islam yang tercinta. Ya Allah, Engkau kurniakan kepadaku kebahagiaan dalam rumahtanggaku... Engkau rahmatilah hidupku sebagai seorang hamba kepadaMu, seorang isteri kepada suamiku, seorang anak kepada ibu bapaku serta redhakanlah hidupku di dunia ini sebagai seorang insan yang bernama MUSLIMAH. Aamiiiinnnnnn ya Rabbal 'alamin." SALAM HARI LAHIR BUAT DIRIKU SENDIRI SEMOGA CERIA2 SELALU DISAMPING YANG TERSAYANG. aku sayang kamu, puteri aida.

Tuesday, August 31, 2010

Anugerah Cinta

"Kugapai cintamu biarpun hati sering dilukai..."

Mama pernah berkata bahawa ramai lelaki mudah terpikat dengan wanita yang bersikap keibuan, lemah lembut ketika mengalunkan bicara, mengambil berat dan mempunyai jiwa yang sarat dengan kasih sayang.


          Wajah lembut bersinar bak bidadari serta riak keibuan mampu membuatkan kaum Adam berasa tenteram. Tidak kira sama ada ketika sedang mengalami tekanan, cemas dan gelisah, wajah mereka mampu menenangkan hati. Apatah lagi saat bermanja, sesiapa sahaja pasti senang hati.

            Kata mama lagi antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak untuk dicintai dan mencintai. Seseorang itu akan memahami perasaan dan jiwa suami isteri apabila tahu cara bagaimana kasih sayang itu dilahirkan. Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa raga suami, malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Wanita adalah pendorong semangat.

            Kata orang, di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijaksana dan berjiwa besar. Lalaki lazimnya memerlukan seorang wanita yang mampu memberinya semangat dan dorongan yang jitu untuk mereka berjaya. Secara halusnya mereka memang mengharapkan segunung bantuan daripada insan bergelar wanita. Tanpa wanita sebagai sumber penggerak mungkin mereka terus alpa dan hilang punca untuk meniti perjalanan yang beronak liku.

             Kata mama, kehidupan selepas kahwin adalah kehidupan yang sebenar. Segala perwatakan manis yang ditonjolkan ketika bercinta lazimnya akan lenyap apabila tanggungjawab mula menguasai hidup. Oleh itu, menurut kata mama adalah lebih baik kita mengahwini insan yang belum dikenali hati budinya. Sekurang-surangnya, kita tidak terpengaruh dalam agenda pentas dunia percintaan yang penuh dengan kepura-puraan itu. Kita akan lebih realistik.

             Kehidupan berdua sebagai suami isteri yang normal tanpa dibelenggu oleh sikap-sikap hipokrit yang dicurahkan ketika dibuai cinta. Kita juga akan lebih dewasa dalam mencorakkan rumah tangga yang perlu dipertahankan sehingga ke akhir hayat.

              Memang perkahwinan itu satu perjudian. Antara baik dan buruk, manis danpahit ketika bersama mengorak langkah memasuki gerbang perkahwinan silih berganti menjadi dugaan. Lebih-lebih lagi, insan yang akan memimpin tangan kita itu adalah asing bagi kita. Tetapi siapa tahu rahmat yang Tuhan telah janjikan kepada setiap hambaNya. Tuhan tidak akan menganiaya hambaNya yang pasrah dan redha pada takdir.

             Mungkin insan yang belum dikenali itu pembawa kebahagiaan yang tiada tolok bandingannya. malah, tiada siapa yang tahu dan yakin bahawa kekasihyang dicintai pasti akan menjadi suami yang baik dan penyayang.

            Mungkin ketika melayari cinta, mereka tampak prihatindan berbudi pekerti, mana tahu setiap saat yang berlalu pergi menjadikan mereka lelakiyang alpa dan ganas. Tiada siapa tahu kerana sikap manusia itu sering berubah-ubah dan tidak tentu hala perasaan dan jiwanya.


(copyright by: Novel Anugerah Cinta hasil nukilan Nurmi Syakimi)


Cinta...ia  hadir tanpa diundang. Tiada paksaan... Hadirnya satu anugerah yang sangat bernilai. Rasa kasih, sayang, rindu... membuahkan bibit-bibit cinta...

               "Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela... dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula...."

Unik sungguh anugerah yang Allah kurniakan untuk kita hambaNya yang diberi akal fikiran yang sempurna berbeza dengan makhluk Allah yang lain. Bersyukurlah kita di atas nikmat berakal ini. Dengannya kita berupaya membuat pilihan yang sewajarnya untuk meraih sebuah kebahagiaan di dunia sekaligus mendapatkan keredhaanNya yang hakiki untuk kebahagiaan di akhirat kelak. Berpandukan akal, berteraskan iman dan taqwa yang tumbuh subur di dasar hati... Buatlah satu penilaian yang sebaiknya untuk mencapai kenikmatan hidup dalam rahmat dan kasih sayangNya.


               Ya Allah...
               Seandainya telah Kau catatkan
               Dia milikku tercipta untuk diriku...
               Satukanlah hatinya dengan hatiku
               Titipkanlah kebahagiaan....
               Ya Allah....
               Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
               Kuharap dia adalah yang terbaik buatku
               Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
               Pelihara daku dari kemurkaanMu....


Perasaan indah ini terlalu indah dan cukup indah dan hanya yang bertuah sahaja mampu memiliki dan merasai nikmat perasaan ini... Semoga perasaan ini hadir bersama rasa cinta kepadaNya. Cinta Ilahi cinta hakiki. Sayanglah kamu kepada saudaramu kerana Allah... Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaNya. Ingatlah, sesungguhnya redha Allah bersama redha ibu bapa...


Di hari baik, bulan baik ni... saya mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan seandainya ada terkasar bahasa... termakan terminum... halalkanlah ye... juga... Selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Salam sayang dariku,
 Puteri aida.

Saturday, July 10, 2010

Percaya Ada Cinta...

"Haruskah kuluahkan isi hati sedang di bibir tak bisa melafazkan janji"

Duhai angin, duhai bintang, kirimkan salamku buat si Pungguk yang tak pernah mengerti. Yang tidak pernah tahu Bulan ini sudah lama menaruh hati. Begitu lama menyimpan perasaan, agar sang Pungguk sentiasa menemani sang Bulan, walaupun adakalanya sang Bulan dilindungi awan... dan dikala Bulan pergi melengkapkan putaran alam. Andainya kau Pungguk yang setia, temanilah aku walau ke hujung dunia...

 (copyright dr. novel Percaya Ada Cinta nukilan Ryana Adrina)


Aku cuba meletakkan diri aku dalam situasi ini... adakah aku akan jd Bulan atau Pungguk? 

Seandainya aku memilih untuk jadi sang Pungguk:
Aku pasti akan merana dan kecewa selama2nya. Apa yang jelas dan yang pasti sang Pungguk merindui sang Bulan... ibarat pepatah menyatakan "Bagai Pungguk Rindukan Bulan". Sedangkan Pungguk sedia maklum bahawa dia tak mungkin dan tidak akan dapat menggapai dan memiliki sang Bulan. Dia hanya mampu memuja sang Bulan bila malam menjelma... Aku tidak mahu menjadi seperti si Pungguk. Tidak pernah berusaha untuk mendapat apa yang diimpikan...



Seandainya aku memilih untuk menjadi sang Bulan:
Aku juga tidak akan merasa bahagia walau hakikatnya aku sedar dan yakin ada sang Pungguk sedang merinduiku dan selamanya memujaku. Patutnya aku merasa bangga dan teruja dengan perhatian yang diberikan oleh si Pungguk. Saban hari, setiap malam Pungguk pasti setia menunggu kehadiran sang Bulan. Betapa indahnya saat itu. Namun apakan daya, Bulan hanya mampu melihat sang Pungguk dari jauh tanpa dapat menyapanya. Sesungguhnya, aku tidak rela menjadi sang Bulan... walaupun indah, teruja dengan kecantikannya... sang Bulan tetap dapat meraih cinta sang Pungguk.



Apa lagi pilihan ku??... Aku lebih rela menjadi pohon tempat persinggahan sang Pungguk:
Andainya aku sepohon pokok yang teguh berdiri walaupun tanpa sehelai daun. Namun aku bangga kerana aku dapat menemani sang Pungguk ketika sang Pungguk hadir untuk melihat sang Bulan. Aku rasa bahagia bila melihat Sang Pungguk bahagia walaupun aku tahu hati sang Pungguk dalam keadaan rawan... merindu pada sang Bulan yang tak mungkin jatuh ke riba. Aku bahagia saat Pungguk singgah dibahuku, bersamaku walaupun Pungguk tidak sedar aku sentiasa bersamanya. Bak kata pepatah "Kita akan merasa bahagia seandainya kita dapat membuat kesayangan kita gembira dan bahagia". Kebahagiaan Pungguk adalah kebahagiaan Pokok jua. Aku bahagia menjadi Pokok kerana aku selalu ada untuk Pungguk.



Emmm... pandai jugak aku berkata2 ye. Ntah betul ntahkan tidak ayat aku ni... yang pasti aku menulis melalui rasa dan gerak hati aku. Aku bahagia sangat2. Aku tak tahu kenapa... TQ Allah atas nikmat kasih sayangMU untukku. Aku redha dan pasrah atas segala ketentuanMU untukku, kerana aku yakin dan pasti ENGKAU Maha Mengetahui apa dan mana yang terbaik untuk hambaMU ini.



Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa, sejak dulu sampai kini, tetap suci dan abadi... Renungkanlah...


Bicara Hati,
Puteri Aida 10072010...diruang tamu.

Tuesday, July 06, 2010

Cerita Tentang Aku...

Terasa rindu plak nak berceloteh disini. Banyak jugak cerita dalam kepala ni nak create kat sini. Nak mula cerita mana yer?? Ikut turn laa kan... okay... satu... satu...


APRIL 2010.

1 - 4 April 2010, Jaulah ke Kuching...

Aku, Sal, Mariza, Norma dan baby Irdina  pergi jalan2 kat Kuching. Sehari sebelum tu kami singgah kat Miri. Transit umah K.Bie n K.Nurul... Tq kakak2ku atas layanan kalian sepanjang keberadaan kami disana.

Kami berada di Kuching selama 3 hari 2 malam. Memang banyak cerita laa kat sana. Kami sampai juga kat Serikin... ala sempadan Indonesia tu... Saja2... jalan2 kenal tempat orang. Tapi memang laa... walaupun kami terpaksa 'makan buah langsat' disebabkan kami  drive sendiri... huhuhuhu... last2 kena minta tolong Tourism Guide jugak tunjukkan jalan. Banyak jugaklaa kami snap gambar... Kenangan Kuching. Kami tinggal kat Hotel 360. Memang sesuai dengan ke'sesat'an kami tu. Huhuhuhu... Memang pusing bandaraya Kuching tu laa 360 darjah. Lawak lak rasa. Alhamdulillah, Pasar Satok sempat gak kami kenal... paling best dapat menjamu selera di Restoran RM17. 

Abis sudah cerita di Kuching...


MTAQ Daerah Lawas dan Bahagian Limbang.

 Tahun ni, sekali lagi aku dijemput ke MTAQ peringkat Daerah Lawas sebagai JURUKIRA. TQ diatas kepercayaan yang diberikan. Apa yang best sangat peristiwa di MTAQ ni? Ehem... Ehem... so secret laa...  Rasa segan laa plak nak write kat sini. Biarlaa kenangan di MTAQ, di bilik Tilawah al-Quran tu menjadi rahsia hati... Alhamdulillah, 2 peserta SK Aru Baru berjaya mendapat nombor untuk ke peringkat Bahagian Limbang. Tapi, pada MTAQ Bahagian, peserta SK Aru Baru tidak berjaya. Huhuhuhu... 

Stop cerita MTAQ.. Tinggal Kenangan. Sweet Memory.


MEI 2010:


Dari KLIA ke PUTRAJAYA...

Aku dan Simah transit KL dulu sebelum balik bercuti Semester Pertama... (28 - 30 Mei 2010)

Seronok gak jalan2 KL ni. Kami stay rumah Zurina. Tq Zurina atas layanan ko pada kami sepanjang kami berada kat umah ko. Pergi KL Sentral, KLCC, Masjid Jamik, Sogo, then... sempat jugak kami g Nilai N9. Jalan2 cari benda yang berkenan di hati... beli... then... blah... Heheheheheehh...

Cerita KL... ada rahmat di sebalik semua ini... ada kenangan indah tercipta disini... adakah ini ketentuanNYA atau sekadar menguji tahap keimananku?? Apa2 pun, semoga ianya Husnul Khatimah.


JUN 2010:

4, 5 & 9 Jun 2010, Majlis kawen abang aku... Tahniah buat abangku Jasman dan kakak iparku Che Hasmaria. Aku doakan kebahagiaan korang dunia dan akhirat. Aku sayang kamu. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan2 yang sudi menghadiri majlis kenduri pada 9hb Jun lepas... 


16 Jun 2010, hari ni my birthday... tahun ni adalah berday aku yang paling bermakna sepanjang umur hidupku. Aku dapat sambut besday aku bersama orang2 yang tersayang... saper lagi lau bukan my beloved family... ma, abah, k.nie, dan adik2 ku serta sepupu2 ku juga anak2 buahku... Terharu rasa bila mana abah membacakan doa selamat pada majlis kesyukuran tu... Tq abah... Eda sayang abah... rasa nak peluk abah laa plak.. huhuhuhu... Hadiah yang cukup bermakna bagi ku... Doa dr seorang abah dan ciuman dr adikku Yusfa... rasa nak nangis laa plak... huhuhuhu... mampukan ku ulangi lagi memori semalam pada hari ulangtahun kelahiranku yang seterusnya... aku sayang kamu semua... terima kasih juga buat kawan2 yg telah wish on my birthday... i love youall... Muaaah!


JULAI 2010:

3 & 4 Julai, kami berkumpul di Trusan. Siapa kami? Kami ialah... aku, sal, k.za, simah, asnurol, mariza, k.nie, norma, jae, k.sue n k.as... ramainya... seronok sangat bila dapat berkumpul camni sekali sekala. Apa yang lebih seronok ialah... malam tu kami tonton perlawanan FIFA World Cup antara team Argentina VS German. Best sangat2... ada kenangan disitu... 


Tak der idea dah nk tulis... makin banyak tulis makin sayu plak rasa... peristiwa hari ini akan menjadi kenangan hari esok... yang pasti kenangan itu adalah yang terindah dalam hidupku walaupun ianya terlalu  pahit untuk dikenangkan... Teringat plak lagu... Kenangan Terindah nyanyian Simsons...(ye ke ejaan tu) huhuhuhu...


Semoga ada lagi jodoh untuk aku menulis di sini.


Salam sayang dariku...
Puteri Aida








Thursday, January 21, 2010

Adam dan Hawa

Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu Adam?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini...


Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didiikanmu terhadapku sama
seperti Nabi Muhammad S.A.W. terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah ahklak Adam-adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku... Akalku satu nafsuku seribu!
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu....



Petikan: Warkah Dakwah 1986


* Entry ini saya ambil dari sebuah buku simpanan saya untuk tatapan pengunjung blog ini. sama2lah kita muhasabah diri kita. Bagaimana keadaan dunia sekarang? Kita semakin hampir kepadaNYA.


Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.




Bicara muhasabah,

Puteri Aida

MUM II 2009 Dalam Kenangan

Majlis Untaian Mahabbah II (MUM II) 2009 telah diadakan pada hari raya Aidil Fitri kedua 1430H, bertempat di Sekolah Pasti Sg. Pas. Walaupun hanya 13 orang yang hadir, namun majlis tersebut tetap meriah. Bukan senang nak mengumpulkan sahabat-sahabiah yang terpisah. Masing-masing ada haluan sendiri. Bersama keluarga di Hari Lebaran adalah saat yang paling bermakna. Walaupun entry ini patutnya dipostkan tahun lepas lagi, memandangkan saya sendiri sibuk dan tiada masa untuk mengupload dan menulis entry ni... itulah yang menyebabkan cerita ini baru dipostkan.



Saya selaku pengelola MUM II 2009, mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabiah yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi menghadirkan diri dan membantu saya dalam menjayakan Majlis tersebut. Jutaan kemaafan juga saya pohon seandainya selama majlis itu berlangsung ada cacat celanya. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari sifat sebagai seorang hamba yang serba kekurangan berbanding Dia Yang Maha Sempurna.



Kenangan bersama kalian adalah antara kenangan yang terindah dalam hidupku. Memory with you all never dies.



Mini, Aya, Nor n Julia



Anak Miza, Miza, Mini n Nor



Kawan2 Yang hadir MUM II 2009

Duduk depan: Eda n Ila
Tengah: Anak Miza, Miza, Aya, Azlini, Mini, Nor dan Julia
Berdiri: Azmi, Ahmad, Jasman, Jabal dan Abdullah



Geng muslimah yang hadir...





Selama ini kumencari-cari teman yang sejati
untuk menemani perjuangan suci
bersyukur kini padaMu Ilahi
teman yang di cari selama ini
telah kutemui...

Dengannya disisi perjuangan ini
senang diharungi bertambah murni
kasih Ilahi...





Bicara semalam,

Aida Sufi...

Sunday, November 08, 2009

Karambunai...

Irdina bersama Umminya...









2 minggu lps kami pg KK... Diaorang nie servis keter... Aku tumpang laa sekaki... jalan2 cari makan laa. Sempat gak pergi Karambunai. Wah! cantik tul r pantai kat sana. kejap je pegi... Len kali kena pegi lagi ni.... tu je antara gambar yg dapat post kat sini.... ada kenangan disana...
Cerita Kenangan,
Aida_sufi




Ronda-Ronda Raya... LAWAS 1430H

Rumah terbuka Sundar... buat kat umah K.Za n Shimah.




Seronok tengok diaorang sedang menikmati juadah.

Bergambar kenangan Rumah terbuka Sundar



Beraya di rumah kerani SK Sundar, di Kg. Seberang...


comel-comel blako wei...





Sal, Mariza, Shimah, Eda, K.Za n K.Na...




Bergambar di umah cikgu Manudin (SK Sundar)...
Apa ceritanya ni....
Raya dah lama lepas.. nk raya haji laa plak. Baru post gambar ronda-ronda raya posa baru nie. Bole dikatakan bz gak laa ngan ronda-ronda raya ni... asal tiba ari Sabtu Ahad... jalan2 raya. Pergi Trusan, Merapok, Kg. Seberang... last sekali buat umah terbuka kat Sundar. Seronok gak sekali sekala cam ni yer.
Ramai gak tetamu yang datang... K.Asmah n The Geng. Ust. Nizam n Ust. Hisyam pun ada datang. Thank's atas kehadiran korang bg memeriahkan majlis Rumah Terbuka Sundar.
Apa2 pun... Mg ukhuwah antara kita kekal selamanya n mendapat keredhaan dari-NYA.
Bicara semalam,
Puteri Aida.







Thursday, October 01, 2009

Kenangan Hari raya 'Idulfitri 1430H

Sedang asyik bergembira
jangan lupa pada yang tiada
di pagi lebaran yang mulia
kunjungilah pusara mereka



Hari raya puasa tahun ni amat meriah. Semua adik-beradik balik beraya. K.Long, A.Yie, K.nie dan Kamarul pun pulang. Pada pagi raya, kami menyediakan juadah Nasi Impit kuah Lontong dan Nasi Beriani. Seronoknyer raya...
Aku sampai umah sehari sebelum raya iaitu hari Sabtu (19.09.2009) pada jam 11.30 pagi. K.Long hantar kereta kat airport, dan aku drive sendiri balik kg di Sg. Pas.
Banyak juga kami amik gambar pada hari raya lepas... len kali aku post...
ceria abadi.
aida_sufi

Thursday, September 17, 2009

Selamat Menyambut Aidil Fitri 1430H

Berlalu Ramadhan fajar Syawal menjelma
Muslimin Muslimat menyambut Hari raya
Takbir dilaungkan Tahmid dibacakan
Sebulan puasa telah disempurnakan
Diucapkan Selamat Hari Raya....
SELAMAT HARI RAYA



Hari ini hari last sekolah... esok balik kampung. Lau nampak 'anak bulan' lusa.... Hari Ahad Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Betapa Allah menghargai apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini... dikurniakan untuk kita hari penuh kebahagiaan iaitu hari raya... Selama sebulan di bulan Ramadhan kita menunaikan ibadah puasa, bersolat terawih, bertadarus, bersahur serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain bagi memantapkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah swt.
Ramadhan kali ini penuh bermakna pada diri ini kerana dapat berpuasa bersama-sama teman serumah (Sal dan Faridah) diserikan lagi dengan kehadiran si kecil (Irdina)... Masa kami bersahur, Irdina turut bangun untuk bersahur.... Waktu berbuka, Irdina pula sibuk-sibuk nak tidur... jadi kalut plak kami satu rumah. Apa-apapun, suasana ini amat bermakna bagi aku pada Ramadhan 1430H. Ramadhan 1431H, belum tentu milik kami... moga segalanya husnul khotimah.
12 Sept '09 (Sabtu)
Kami mengadakan majlis berbuka puasa di Aru. Terima kasih kepada sahabiah2 yang sudi hadir pada majlis berbuka puasa di rumah kami. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada K.Za, K.Sue, K.As, Asnurol, Shimah, Mariza, Norma dan Irah atas kehadiran kalian. Kami bergotong-royang menyediakan juadah berbuka pada hari itu... Kami masak 'Ikan 3 Rasa' , 'Tom Yam' dan 'Ulam-ulaman' cicah budu dan minuman ' Air Bandung Cincau'. Berselera sungguh sahabiah ni makan. Senang hati aku melihatnya... Rasa letih masa menyediakan juadah hilang begitu sahaja bila melihat suasana yang cukup meriah ini. Bukan selalu kami dapat berkumpul bersama-sama macam ni.
Selepas Solat Terawih, kami mencicip keropok dan kerang cicah pencicah. Seronok berkumpul sekali sekala... banyak pula cerita yang dikongsi. Suka duka dirasai bersama... apa taknya... yang dah berkahwin jauh dari suami... disisi hanya anak penawar rindu pada suami. Aku tumpang sedih dengan keadaan sahabiahku ini. Terhenti disini cerita ini.
Sempena hari baik, bulan baik ni... esok lusa tulat dah nak raya... Aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua sahabat sahabiah yang mengenali diri ini... Halalkan segala makan minum, segala percakapan dan perbuatan diri ini yang sengaja dan tersengaja. MAAFKAN AKU.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga Syawal 1430H ini lebih bermakna buat sahabat sahabiah sekalian. Jemputlah datang ke rumah di alamat:
295 A, RPT Sungai Pas,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.
Selamat bercutiiiiiiii....
Bicara hati,
Puteri Aida

Sunday, August 09, 2009

Kenangan MUM '08.

Tahun lepas, pada hari raya Aidilfitri ke-2, kami telah mengadakan Majlis Untaian Mahabbah (MUM '08). Tidak ramai yang hadir. Hanya 16 orang sahaja yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Walaupun tak ramai yang hadir tapi suasana tersebut cukup meriah dengan kehadiran kawan-kawan yang memang jenis banyak idea... ada-ada sahaja benda yang di jadikan bahan untuk berbual.

Antara yang hadir ialah, Md. Nor, Azmi Abdullah, Abdullah Jusoh, Jasman, Ila, Julia, Zaliha, Aya, Mini, Azlini, Hasnida, Fatihah, Ima, Fadilah dan ??. Apa-apapun saya begitu berterima kasih atas kehadiran kawan-kawan di majlis tersebut. Di sini saya postkan beberapa keping foto kenangan untuk tatapan semua.


* Kawan-kawan yang hadir seronok berbual... berkongsi cerita dan pengalaman.
* Kalangan Akhawat bersama anak-anak yang hadir.
*Fadilah, Md Nor dan Azmi... Duk kecek gapo laa wei?...
* Bergambar kenangan MUM '08.




Kenangan MUM '08.
Bicara ceria,
Puteri Aida







Majlis Untaian Mahabbah II (MUM II '09)

Tarikh :18 Syaaban 1430 H
09 Ogos 2009 M



Kepada:
Bekas Pelajar
SMU (A) Saadah, Bt. Mengkebang
Tingkatan 4 Sessi 1997 &
Tingkatan 5 Sessi 1998


Tuan/Puan/saudara/i,
JEMPUTAN KE MAJLIS UNTAIAN MAHABBAH II 2009 (MUM II ’09)

Merujuk kepada perkara di atas, kami dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan/saudara/i ke program di atas sebagaimana berikut:

Tarikh : 21 September 2009 (Isnin)
Tempat : Sek. PASTI Sungai Pas
(Hadapan Masjid Sg. Pas)
Masa : 8.30 – 10.30 pagi
Pendaftaran : RM10 Seorang
RM15 Berkeluarga
Aturcara : Lihat di Bawah

Sekiranya tuan/puan/saudara/i bersetuju untuk hadir ke program tersebut, sila jelaskan bayaran pendaftaran sebelum atau pada 21/09/2009 (Isnin).

Bayaran boleh dijelaskan melalui cara-cara berikut:

1. Deposit / pemindahan wang melalui akaun bank
Bank :Maybank2u
Penama :Yuslaila Nani bt. Mohamad
No. Akaun :111048017455

Atau

Bank :Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penama :Yuslaila Nani bt. Mohamad
No. Akaun :0310029000103565

2. Pembayaran juga boleh di buat pada hari Majlis tersebut berlangsung (21 September 2009)


Selepas pembayaran, sila SMS ke talian 013-9644052 (Eda)

Semoga tuan/puan/saudara/i sudi hadir bagi merebut peluang keemasan ini untuk menyegarkan kembali ukhuwwah sesama kita. Segala perhatian dan sokongan tuan/puan/saudara/i terhadap program ini, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa &
Selamat Hari Raya Aidilfitri



Yang menjalankan tugas,

YUSLAILA NANI BT. MOHAMAD


p/s:cetakan computer tidak memerlukan tandatangan.


TENTATIF

9.00 pagi
- Pendaftaran
-Ucapan Pengerusi Majlis
-Ucapan Wakil Bekas Pelajar
-Jamuan Makan & Cabutan Bertuah
-Acara Bergambar untuk Kenangan
-Bersurai

*Sila war-warkan kepada semua ahli agar sama-sama dapat menghadiri MUM II ’09.

Thursday, July 23, 2009

Sekian Lama Menyendiri...

Setelah sekian lama blog ni tak di update... hari ni, saat ni... saya cubalah luangkan sedikit masa untuk menulis disini. berkongsi cerita tentang kehidupan seharian di sini sebagai seorang insan bergelar guru.

MEI 2009,
Pada bulan ni, ada satu hari yang sangat istimewa bagi semua insan yang bernama 'GURU'. Tanggal 16 MEI setiap tahun, semua sekolah akan menyambut Hari Guru. Pada hari ini semua guru akan diraikan... so, banyak laa dapat hadiah daripada pelajar-pelajar. Ada yang bagi bunga, pen, mug, dan macam-macam lagilah bentuk hadiah. Ingin saya abadikan salah satu mesej yang saya terima sempena hari guru pada tahun ini;


Jadilah seorang guru yang
hadirnya di TUNGGU,
hilangnya di RINDU,
ilmunya di BURU,
tingkah lakunya di TIRU...
SELAMAT HARI GURU.
Pada tahun ni, SK Aru Baru menyambut Hari Guru dengan begitu meriah sekali pada perkiraan saya laa. Dengan acara dewan yang mempunyai pelbagai agendanya... Murid-murid mengambil bahagian untuk menunjukkan bakat terpendam. Semangat guru-gurunya dalam menyanyikan lagu 'Guru Malaysia', 'Pendidik Bumi Kenyalang' dan 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Suka saya senikata lagu tema Hari Guru tahun ni. Pada tahun ni, saya dapat anugerah Guru Paling Sopan. Nak gelak pun ada. Tapi sesuailah dengan identiti saya sebagai seorang 'Ustazah'... betul tak? Okay, habis cerita tentang Hari Guru.
JUN 2009...
Apa yang bestnya tentang bulan ni? Bestnya... awal bulan masih bercuti di kampung. Apa tak seronoknya, balik kampung dapat jumpa family. Yang paling happynya... dapat jumpa anak buah yang baru. Insyirah namanya. Montelnya baby nie... geram pun ada. Nak upload gambarnya...nanti lah.
Bulan ni jugak... my bestday. Happy birthday to me. Huhuhuhuhu... bertambah laa setahun lagi umurku pada tahun ni... makin tua laa makcik ni. Tak pe laa makcik... comel lagi tu... Comel ke??
Tanggal 27hb Jun 2009,
Tarikh ni... kami pergi jemput baby Irdina balik Aru Baru. Rindu kat baby... Comel orangnya... secomel Ummi nya. Saban hari kami ditemani hilai tawa serta tangisan si baby... Bila nak besar ni? Tak sabar rasanya nak tengok baby Irdina meniarap, merangkak, serta berjalan. Memang tak sabar makcik sorang ni.
Itu cerita bulan JUN. JULAI plak? Apa cerita?
JULAI 2009...
3 Julai lalu... Daerah Lawas telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat Daerah Lawas. Setiap zon dikehendaki mengadakan satu gerai dan menjual menu yang telah ditetapkan. SK Aru Baru didalam Zon D, dan kami telah ditugaskan untuk menyediakan menu 'Laksa Penang'. Mmmm... Tak sangka jugak, dapat jugak kami menyediakan menu tersebut dengan sebaiknya. Risau jugak pada awalnya... ye lah, dalam kuantiti yang banyak kan... Risau tak menjadi bah. Alhamdulillah, semuanya menjadi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyediakan menu tersebut.
Apa lagi yer?...
Mmmm... minggu lepas, hari Sabtu (18 Julai 2009) ada mesyuarat PERANTAU. Ingatkan ramai laa yang hadir. Kalangan Akhawat hanya 8 orang je hadir... Kalangan Ikhwah tu ramai laa jugak. Moga PERANTAU terus maju dan mantap di Lawas.
Okaylaa, rasanya tak der apa-apa yang istimewa dah untuk di kongsi. Nanti lain waktu pulak laa kita berkongsi cerita. Ada padi ada beras, lain hari idea bernas... insya Allah.
Siiruu 'ala barakatillah.
Bicara kenangan,
Puteri aida.

Saturday, January 31, 2009

Persaudaraan Iman dan Islam

{عن أبى حمزة أنس بن مالك رضى الله عنه خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يؤمن أحدكم حتى يحب لآخيه ما يحب لنفسه}
(رواه البخاري و المسلم )

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a pembantu Rasulullah s.a.w katanya: Berkata Rasulullah s.a.w : “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Apa yang dapat dijelaskan daripada kefahaman Hadis tersebut ialah:
1. Keteguhan, muhibbah dan saling berkasih sayang dalam masyarakat; Islam menginginkan agar manusia dapat hidup dalam keadaan penuh harmoni dan mesra serta saling sayang menyayangi. Setiap individu dalam masyarakat berusaha untuk melaksanakan kebaikan demi orang lain dan melahirkan rasa kebahagiaan yang dapat dikongsi bersama.
2. Iman yang sempurna; mempunyai asas keimanan yang teguh dan ketaatan kepada rububiyyah Allah s.w.t serta beriktiqad terhadap rukun-rukun Iman yang lain.
3. Ketinggian muslim dan kemanusiaan; di antara tanda kesempurnaan iman di dalam diri seorang muslim ialah dia tidak membataskan ‘kasih kepada kebaikan dan membenci keburukan terhadap orang lain’ hanya kepada sesame muslim bahkan juga terhadap orang bukan Islam.
4. Berlumba-lumba di dalam melakukan kebaikan adalah di antara kesempurnaan Iman; tidaklah kurangnya iman dan bukanlah daripada hasad dengki sekiranya seseorang muslim itu memohon kepada Allah agar dilimpahkan kepadanya kelebihan-kelebihan akhirat seperti yang didapati oleh orang lain dan dia berusaha untuk mendapatkannya.
5. Masyarakat yang mulia adalah hasil keimanan; ini menunjukkan Islam itu satu agama yang cukup indah yang mana ia menghendaki umatnya saling kasih mengasihi antara satu sama lain dalam membuat kebaikan dan kebajikan. Dari situlah terbinanya masyarakat yang mulia dan terhapuslah segala kejahatan dan kezaliman.
6. Masyarakat yang tidak berasaskan keimanan adalah masyarakat individualistik (keakuan) yang terkeji; tanpa iman yang sempurna, maka hilanglah dari dalam jiwa perasaan inginkan kebaikan untuk orang lain. Timbul perasaan hasad dengki dan berjiwa keakuan menjadikan masyrakat yang buruk akhlaknya.
7. Hadis ini juga memberi faedah;
· Menjinakkan hati manusia agar sentiasa berusaha untuk berubah kearah kebaikan
· Menghindarkan diri daripada hasad dengki kerana ia adalah merosakkan iman
· Iman itu bertambah dan berkurang. Keimanan bertambah dengan sebab ketaatan dan akan berkurang dengan sebab maksiat


Sama-samalah kita muhasabah diri, dimana tahap keimanan kita kepada Yang Maha Esa. Adakah semakin mantap? Atau semakin merudum? (Na’uzubillahi min zalik). Sesungguhnya celakalah seseorang itu apabila dirinya hari ini lebih teruk dari hari semalam. Semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa bersama NYA. Indahnya hidup bersama ILAHI.
Muhasabah Sufi,
Puteri Aida

Sebuah Pertemuan



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur dilembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tikaku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan

Saatku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakana Rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan

Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Mogakan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh dihati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan bernama TEMAN


*dedikasikan untuk seorang teman -Sherry-

terima kasih atas pertemuan dan persahabatan ini... sesungguhnya aku bahagia mengenalimu.



Bicara Hati,

Puteri Aida




Monday, August 04, 2008

Israk & Mikraj serta Mukjizatnya


Firman Allah ta`ala:
Yang bermaksud :
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya ( Muhammad ) pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ( Mekah ) ke Masjidil Aqsa ( Palestin ), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda ( kekuasaan dan kebesaran ) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui.”

Memperkatakan 'israk dan mik-raj' Nabi s.a.w. bukan saja dari segi bagaimana Allah SWT memperjalankan Rasul-Nya dalam peristiwa tersebut, tetapi juga diperkatakan tentang mukjizat yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Mukjizat adalah sesuatu yang mencarik adat dan di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk menilainya.

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari
Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Di antara iktibar yang boleh diambil dari peristiwa-peristiwa yang berlaku yang dilihat sendiri oleh Rasulullah s.a.w atau yang dialami oleh baginda, bolehlah diringkaskan seperti berikut;

1. Rasulullah s.a.w diIsrakkan dan diMikrajkan pada malam tersebut ialah untuk ditemukan baginda dengan Allah s.w.t.
2. Pertemuan Rasul yang diundang khas oleh Allah s.w.t itu adalah semata-mata untuk menyampaikan perintah ibadah sembahyang lima waktu.
3. Ibadah sembahyang adalah ibadah yang paling tinggi tarafnya, tinggi nilainya, tinggi ganjarannya.
4. Ibadah sembahyang adalah sebagai kemuncak atau asas di dalam membentuk peribadi muslim. Ianya sentiasa mengamalkan dengan yang makruf dan meningalkan segala yang mungkar.
5. Di antara kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan manusia ialah;
-melakukan perbuatan zina, walaupun ianya telah bersuami atau beristeri.
-memakan makanan dan meminum minuman yang haram.
-memakan riba dan harta anak yatim.
-mengumpat , menabur fitnah dan suka menjaga tepi kain orang lain.
-suka membuat janji tetapi tidak menunaikannya.
-suka berebut-rebut untuk memegang sesuatu jawatan dan tanggungjawab sedangkan dirinya tidak berkelayakan dan tidak berdaya melaksanakannya.
6. Rasulullah s.a.w adalah lebih tinggi kedudukan daripada rasul-rasul lain.
7. Bahayanya 3 perkara; -Yahudi. -Nasrani. -Keduniaan.

Di dalam masyarakat kita hari ini boleh dikatakan kesemua penyakit masyarakat dan kesalahan besar yang diterangkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu sedang berlaku. Bahkan pada masa sekarang bukan sedikit jumlah orang Islam tidak menjalankan segala rukun-rukun Islam yang lima termasuk sembahyang, puasa, zakat, haji dan tuntutan Islam yang lain. Segala-gala ini adalah kerana iman kita makin bertambah lemah, kita terdedah kepada pengaruh-pengaruh syaitan dan mudah pula dipengaruhinya.Iman kita lemah. Kita tidak tertarik untuk menghadiri ceramah-ceramah agama, kalau kita hadir kekelas-kelas ceramah pun bukan semata-mata untuk mencari ilmu dan mencari nasihat untuk kita amalkan. Kita juga gagal untuk mempengaruhi jiran-jiran dan kawan-kawan atau kita juga gagal mewujudkan keluarga yang benar-benar Islam.
Salam Israk dan Mikraj
Aida_sufi