Terasa rindu plak nak berceloteh disini. Banyak jugak cerita dalam kepala ni nak create kat sini. Nak mula cerita mana yer?? Ikut turn laa kan... okay... satu... satu...
1 - 4 April 2010, Jaulah ke Kuching...
Aku, Sal, Mariza, Norma dan baby Irdina pergi jalan2 kat Kuching. Sehari sebelum tu kami singgah kat Miri. Transit umah K.Bie n K.Nurul... Tq kakak2ku atas layanan kalian sepanjang keberadaan kami disana.
Kami berada di Kuching selama 3 hari 2 malam. Memang banyak cerita laa kat sana. Kami sampai juga kat Serikin... ala sempadan Indonesia tu... Saja2... jalan2 kenal tempat orang. Tapi memang laa... walaupun kami terpaksa 'makan buah langsat' disebabkan kami drive sendiri... huhuhuhu... last2 kena minta tolong Tourism Guide jugak tunjukkan jalan. Banyak jugaklaa kami snap gambar... Kenangan Kuching. Kami tinggal kat Hotel 360. Memang sesuai dengan ke'sesat'an kami tu. Huhuhuhu... Memang pusing bandaraya Kuching tu laa 360 darjah. Lawak lak rasa. Alhamdulillah, Pasar Satok sempat gak kami kenal... paling best dapat menjamu selera di Restoran RM17.
Abis sudah cerita di Kuching...
MTAQ Daerah Lawas dan Bahagian Limbang.
Tahun ni, sekali lagi aku dijemput ke MTAQ peringkat Daerah Lawas sebagai JURUKIRA. TQ diatas kepercayaan yang diberikan. Apa yang best sangat peristiwa di MTAQ ni? Ehem... Ehem... so secret laa... Rasa segan laa plak nak write kat sini. Biarlaa kenangan di MTAQ, di bilik Tilawah al-Quran tu menjadi rahsia hati... Alhamdulillah, 2 peserta SK Aru Baru berjaya mendapat nombor untuk ke peringkat Bahagian Limbang. Tapi, pada MTAQ Bahagian, peserta SK Aru Baru tidak berjaya. Huhuhuhu...
Stop cerita MTAQ.. Tinggal Kenangan. Sweet Memory.
Dari KLIA ke PUTRAJAYA...
Aku dan Simah transit KL dulu sebelum balik bercuti Semester Pertama... (28 - 30 Mei 2010)
Seronok gak jalan2 KL ni. Kami stay rumah Zurina. Tq Zurina atas layanan ko pada kami sepanjang kami berada kat umah ko. Pergi KL Sentral, KLCC, Masjid Jamik, Sogo, then... sempat jugak kami g Nilai N9. Jalan2 cari benda yang berkenan di hati... beli... then... blah... Heheheheheehh...
Cerita KL... ada rahmat di sebalik semua ini... ada kenangan indah tercipta disini... adakah ini ketentuanNYA atau sekadar menguji tahap keimananku?? Apa2 pun, semoga ianya Husnul Khatimah.
4, 5 & 9 Jun 2010, Majlis kawen abang aku... Tahniah buat abangku Jasman dan kakak iparku Che Hasmaria. Aku doakan kebahagiaan korang dunia dan akhirat. Aku sayang kamu. Terima kasih juga diucapkan kepada kawan2 yang sudi menghadiri majlis kenduri pada 9hb Jun lepas...
16 Jun 2010, hari ni my birthday... tahun ni adalah berday aku yang paling bermakna sepanjang umur hidupku. Aku dapat sambut besday aku bersama orang2 yang tersayang... saper lagi lau bukan my beloved family... ma, abah, k.nie, dan adik2 ku serta sepupu2 ku juga anak2 buahku... Terharu rasa bila mana abah membacakan doa selamat pada majlis kesyukuran tu... Tq abah... Eda sayang abah... rasa nak peluk abah laa plak.. huhuhuhu... Hadiah yang cukup bermakna bagi ku... Doa dr seorang abah dan ciuman dr adikku Yusfa... rasa nak nangis laa plak... huhuhuhu... mampukan ku ulangi lagi memori semalam pada hari ulangtahun kelahiranku yang seterusnya... aku sayang kamu semua... terima kasih juga buat kawan2 yg telah wish on my birthday... i love youall... Muaaah!
3 & 4 Julai, kami berkumpul di Trusan. Siapa kami? Kami ialah... aku, sal, k.za, simah, asnurol, mariza, k.nie, norma, jae, k.sue n k.as... ramainya... seronok sangat bila dapat berkumpul camni sekali sekala. Apa yang lebih seronok ialah... malam tu kami tonton perlawanan FIFA World Cup antara team Argentina VS German. Best sangat2... ada kenangan disitu...
Tak der idea dah nk tulis... makin banyak tulis makin sayu plak rasa... peristiwa hari ini akan menjadi kenangan hari esok... yang pasti kenangan itu adalah yang terindah dalam hidupku walaupun ianya terlalu pahit untuk dikenangkan... Teringat plak lagu... Kenangan Terindah nyanyian Simsons...(ye ke ejaan tu) huhuhuhu...
Semoga ada lagi jodoh untuk aku menulis di sini.
1 comment:
kumpulan samson,,,,hihihi
Post a Comment