ESOK! aku kesana bersama 9 rakan seangkatan denganku. kami menaiki van kesana. perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam. lama jugak tu. kami akan melalui negara jiran iaitu Brunei. ari tu dah lalu sekali... masa pergi interaksi kat Limbang. negara Brunie nie kecil kan... not bad laa. rumah2 mereka besar2 jugak... susah gak laa nk cari atau jumpa rumah kecil tu. mungkin hanya sebagai bangsal di sawah jer kot yang damit2. ehm.... betapa itulah rezeki untuk mereka... sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Kaya.
aku disana (MIRI) dalam lebih kurang 2 minggu ... sepanjang cuti sekolah nie, aku disana. beginilah rutin seorang GDL yang mengikuti kursus MOD LPBS. apapun, aku bersyukur diatas nikmat yang Allah kurniakan. tak terjangkau Rahmat-Mu ya Rabb. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Mu. kita patut berterima kasih atas nikmat ilmu dan nikmat usia yang dikurniakan untuk kita. semoga apa jua yang kita curahkan ini akan berkekalan hingga di akhirnya... hingga berakhirnya dunia ini...
bertemu kita di lain waktu...
No comments:
Post a Comment