kita teman sejati... betul teman untuk SELAMA-LAMANYA... selagi hayat dikandung badan selagi itulah kau tetap dihatiku walaupun kita telah memiliki TEMAN ISTIMEWA
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
Thursday, June 14, 2007
Pastikan... Datuk Siti Nurhaliza
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini
salam kembara fillah,
puteri aida...
Wednesday, June 13, 2007
Berakhirnya Imtihan ...
sebagai dorongan hidup ini
TEMANKU, ABADIKAN SEGENGGAM HARAPAN
Bersama selamanya…
Teman…
Terima kasih atas
perkenalan ini…
Aku bahagia mengenali
kalian…
Semoga ikatan ini
selamanya berkekalan..
Lawas…
dalam kenangan…
sedetik bersama... seumur hidup terasa,
aida_sufi@yahoo.com
Tuesday, June 05, 2007
Seminggu Di IPS...

Friday, May 25, 2007
SELAMAT BERCUTI...

sebut pasal pelajar... heheheehe... aku pun masih study lagi...
ehm... hari Ahad nie aku berangkat ke IPS untuk interaksi terakhir aku dalam kursus KPLI LPBS j-QAF ambilan 2006. hai kejap jer rasa dah nak habis... huarg!huargh!... tensionnya kena g belajar nie... sebenarnya bukan tension belajar... yerlah... dah belajar kena imtihan pulak. klu tak der imtihan camana kita nak tahu tahap kognitif kita selama kita belajar kan? so, kali nie... pegi Institut bukan sahaja g belajar... tapi ada imtihan akhir lagi. ehm... apa satu pun tak menelaah lagi... aku imtihan 2 paper jer. Bahasa Arab (sebagai subjek major aku) dan Ilmu Pendidikan (memang paper wajib amik setiap student laa). adui...! paper IP nie aku lemah sikit... tak teror sangat pun... dah laa ada bab pengiraan dalam madah nie. aku memang kureng laa sikit ilmu hisab nie. nasib laa badan... tapi best gak bab kira2 nie. klu ilmu Faraid... ehm aku suka pun bab kira2 nie laa... hihihi... kira2 nk bagi harta. best gak tu.
aku kat Institut kali nie paling lama laa sepanjang aku berkursus. maklum laa study musim cuti sekolah jer. dah namanya pun LPBS... cam tu laa cara study nya. pikir sekali best gak study ala-ala KDC nie. yerlah, kita dapat pengalaman mengajar lebih awal berbanding dengan student yang full time study kat Institut nie. bila sesi tutorial berlangsung... menyentuh bab student ker.. masalah disiplin bilik darjah ke... apa2 jer lah yang berkaitan dengan sekolah dan invironment sekolah, kita mampu berhujah dan berbicara serta berbincang berdasarkan apa yang kita alami sepanjang kita berada di sekolah dan itulah antara pengalaman yang paling berharga bagi seorang yang bergelar guru LPBS. kenapa tak caya?
sebut pasal imtihan... alahai... abis imtihan tak leh relaxs gak... ada lagi benda yang kami kena buat nie... apa dia? ha..., kami ada kursus induksi... katanya KISSM.seminggu laa kursus nie. ehm... not bad agaknya kursus nie. aku pun tak tahu... nanti abis interaksi nie... aku citer balik pengalaman aku sepanjang di IPS selama...????... berapa minggu erk? ehm... rasanya dalam 5 minggu kot. alamatnya... merindu tanpa kata laa aku nak menulis di blog nie nanti... hek eleh.. macam ler selalu jer aku menulis kan!... anyway... aku pasti dan yakin ... aku rindu untuk menulis disini...
BTN.... argh... lagi satu kursus kena ikuti lepas imtihan. lepas KISSM... kena g BTN lak. berapa hari erk? aku pun tak tahu... ai... camana yer... banyak sangat benda kena buat nanti g Institut. tapi itulah yang membuatkan aku suka g Institut tu... sertai pelbagai aktiviti... dapat meningkatkan tahap kognitif, tahap kecerdasan minda, tahap kecergasan fizikal jua. bersamamu teman2 di Institut amat membahagiakan... dapat jumpa kengkawan yang duk jauh2 nun... di Kuching, di samarahan, di Bintulu, di Sibu ... and others. dapat jumpa lecturer2... dapat bersama2 mengikuti sesi tutorial itulah paling penting serta dapat berkongsi cerita suka duka berada di rantau ini. SARAWAK!
ehm... nk expose gambar kelas aku laa... kelas BA7... geng2 bahasa arab laa nie... dengan dihiasi 2 kumbang dan 17 bunga... mekar di taman IPS... hehehehe.
okay laa... nanti aku post lagi cerita terkini hiburan sensasi... aper2 pun doakan aku najah dan success dalam imtihan nanti... okay... adios!
salam permisi kuundur diri...
puteri aida.
Thursday, May 17, 2007
16 Mei 2007.... Selamat Hari Guru
begitulah tema Hari Guru tahun ini. mengapa dikatakan guru penjana modal insan gemilang? wah! berat dan besar sungguh tanggungjawab seorang guru itu. yelah... menjana modal insan. modal itu sendiri bermaksud aset yang dipertaruhkan. dalam melahirkan individu yang cemerlang dari pelbagai aspek yang merangkumi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan Aqidah... gurulah yang memainkan peranan dalam usaha mengeluarkan produk yang berkualiti dan bermutu. eh, macam kilang laa pulak. melihatkan tahap kecemerlangan akademik bagi negara kita amat membanggakan. tapi bagaimana dengan aspek akhlak dan moral mereka? sebab itulah kita tidak seharusnya memandang enteng terhadap masalah sosial yang berlaku dalam negara kita hari ini. kita sebagai guru bukan sahaja mahu melihat pelajar2 kita berjaya dalam akademik tetapi cemerlang dalam aspek lain seperti kokurikulum. keterlibatan pelajar2 dalam aktiviti kokurikulum mampu mengurangkan masalah sosial dikalangan pelajar sekolah. ini kerana, mereka telah sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan dan mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk disamping mampu berdikari dalam menguruskan kehidupan sendiri. setiap individu itu adalah berbeza. guru2 lah yang dapat mengenal pasti kecenderungan arah mana pelajar2 mereka. gurulah yang akan membantu mencorak dan membimbing mereka ke arah perkembangan kendiri yang positif. tanpa kesungguhan guru2 serta tanpa kesanggupan pelajar2 itu sendiri juga sokongan padu daripada ibu bapa maka setiap impian yang di canang akan musnah begitu sahaja. pelajar2 hari ini sudah cemerlang tetapi kita mahu mereka ini gemilang. pelajar2 adalah modal bagi guru2 dalam merealisasikan tema Hari Guru tahun ini... Guru Penjana Modal Insan Gemilang.
Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia... semoga mampu menjadi seorang guru yang berdedikasi sekaligus berupaya merealisasi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Falsafah Pendidikan Islam.
Guru,
Engkau ibarat lilin
Membakar diri untuk menerangi alam
Mencurahkan ilmu untuk anak bangsa
Agar menjadi insan berguna
Guru,
Tidak mengenal erti penat dan lelah
Mendidik tanpa rasa jemu
Terlalu besar pengorbananmu
Tidak ternilai dengan intan dan permata
Guru,
Jasamu terlalu tinggi
Tidak berbayar dengan wang dan harta
Semoga hidupmu dirahmati
Terima kasih atas jasa-jasamu guruku
Tajuk: Pondok yang usang
Di sini,
Di pondok yang usang
Aku pernah berdiri mendongak ke langit
Menghitung hari mencari kebahagiaan
Saban hari berusaha tanpa jemu
Demi meraih segugus kejayaan
Hari ini,
Di pondok usang
Aku mampu tersenyum keriangan
Tergenggam kukuh di tangan segulung ijazah
Menjadi kebanggaan ayah dan bonda
Tiada lagi kekecewaan semalam
Kejayaan milikku akhirnya
Pergi ke pasar membeli ikan
Ikan dibeli bersama daun pandan
Budaya 3M perlu diamalkan
Untuk kejayaan di masa hadapan
Suasana Subuh sngguh bening
Terdengar kokokan si ayam jantan
Semasa belajar jangan bising
Mendapatkan ilmu sebagai pedoman
Dari Kelantan berhijrah ke Miri
Untuk mendapatkan secebis ilmu
Ilmu duniawi juga ukhrawi
Untuk dicurahkan kepada anak didikmu
Pergi ke hutan mencari akar
Untuk hiasan di ruang tamu
Ingatlah apa yang kita ikrar
Mendidik anak bangsa menjadi insan berilmu
Pulau Tioman Tasik Chini
Pulau Perhentian Pulau Redang
Wednesday, May 02, 2007
Tak bererti kita tak call kita tak ingat

disini segalanya bermula...
ukhuwah fillah.
Thursday, April 26, 2007
kenangan Aru Baru...

Thursday, April 12, 2007
semusim bersama seumur hidup terasa...
hari ini... 12 APRIL 2007.
dalam bulan inilah aku mengenalinya sebagai seorang sahabat. bersahabat dengannya memberi sejuta kenangan yang terindah dalam hidupku. seorang sahabat yang memberiku keceriaan... memberiku kedamaian... memberiku kejutan dan memberiku kekecewaan. segalanya aku akur dan pasrah... namun aku tetap berterima kasih kepadanya kerana menjadi sahabatku hingga kini... kaulah sahabat ... kaulah teman... ketahuilah olehmu sahabat bahawa aku menghargai persahabatan ini... aku sayangkan dirimu... sahabat.
walau kita terpisah dek Laut China Selatan... namun kau tetap dihatiku sebagai sahabat. kerana bagiku... sekali bersahabat selamanya tetap sahabat... teman tapi mesra... berdua denganmu pasti lebih baik... semusim bersama seumur hidup terasa... dikejauhan aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sahabat... semoga kebahagiaan mengiringi kehidupanmu... beroleh keberkatan dan maghfirah dari-NYA. semoga persahabatan ini dirahmati oleh-NYA...
aku pasti mengenangkan detik-detik bersamamu... bersamamu aku bahagia... mungkinkah kita mampu mengimbau kembali kenangan silam bersama??? mungkin ada satu hari diciptakan untuk kita untuk kita duduk bersama bercerita tentang kenangan lalu... namun mungkin tiada masa untuk kita kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya... mungkin juga dengan keluarga tersayang...
salam permisi kuundur diri...
Tuesday, February 06, 2007
GENAP SETAHUN KAMI DISINI...
kami melangkah kesini... SK Aru Baru. mencari ilmu menimba pengalaman. betapa susahnya untuk kami membiasakan dengan qodiah disini... dengan bahasanya yang sukar untuk kami faham dan keadaan persekitarannya yang sebegini...
kini... hari ini.... 6 FEBRUARI 2007....
kami sudah mampu membawa diri... memahami bahasa dan gaya hidup masyarakat disini. kami juga mampu bergelak ketawa, bergurau senda dan beramah mesra dengan masyarakat kampung disini... betapa aku bersyukur atas kurniaanMu ya Allah... memberi aku sedikit ruang, secebis waktu untuk menikmati keindahan dan keunikan serta ciptaanMu yang tiada tolok bandingnya.... dengan bahasa yang pelbagai mampu mengeratkan ukhuwah yang terbina dan mencipta satu memori yang terlalu indah dalam hidup ini. walaupun adakalanya hati ini terluka... namun, aku pasrah dan redha atas segalanya... kerana aku yakin dan pasti kejayaan dan kebahagiaan untukku akhirnya... semoga Engkau tabahkan hati hambaMu ini dalam menempuh hidup di bumiMu yang fana ini.
Friday, February 02, 2007
CERIA BERTAMU DI HATI...
bertamu kini musim keceriaan
menghambat kesedihan dihati
menjemput keriangan menjengahkan diri....
kini...
hadirnya satu kurnia
memberi sejuta sinar kebahagiaan
menjadikan hidup ini penuh bermakna
tuntas, aku bersyukur atas kurniaan-Nya
semalam adalah memori...
hari ini adalah realiti
esok adalah impian
namun, esok belum tentu milik kita
bersyukurlah atas setiap kurniaan-Nya untuk kita
semoga segalanya Husnul Khotimah
belajarlah memahami dan menyayangi
insan yang berada disisi
ingatlah... didunia kita sementara...
Sunday, January 07, 2007
BACK TO SCHOOL N HAPPY NEW YEAR 2007
alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah Taala kerana aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dibumi-Nya yang fana ini... masih lagi berupaya menjejakkan kaki ke bumi Lawas ini. pulang bercuti di kampung amat mengembirakan hati... apatah lagi dapat bertemu kaum keluarga yang dirindui... dapat bertemu kawan2... yang penting dapat menyambut hari raya aidiladha bersama kaum keluarga... kepada teman2 yang datang ke rumah... thank you... moga2 ada lagi hari2 yang diciptakan untuk kita bertemu...
KG ARU...
sekarang nie musim hujan... hari2 ke sekolah terpaksa mengharungi air... memang macam nie lah saban tahun... dalam bulan januari dan februari memang macam nie. banjir...
SEKOLAH...
22 Januari nie start praktikum... sampai 20 April 2007. moga2 semuanya berjalan dengan lancar dan beroleh kejayaan. tak lama dah rasa... pejam celik pejam celik dah hampir setahun kat bumi sarawak nie.... dah nak habis kursus... pas nie... horray laa...heheehehe...
HATI...
masih lagi rawan... mencari makna sebuah pengorbanan... dalam kepayahan menghitung erti kejujuran dan keikhlasan... akhirnya tewas jua menggapainya... namun, redha dan bersyukur atas segalanya... mungkin ada rahmat disebalik semua itu... THANK YOU ALLAH.
Wednesday, December 06, 2006
DALAM TAWA ADA TANGISAN
ana uhibbukum fillah,
aida sufi
Friday, October 20, 2006
SALAM LEBARAN...
muslimin muslimat menyambut Hari Raya
takbir dilaungkan tahmid dibacakan
sebulan puasa telah disepurnakan...
diucapkan SELAMAT HARI RAYA...
dikejauhan ini kususun 10 jari memohon ampun dan maaf dari ma abah abg2 kakak2 dan adik2 yang disayangi... tak lupa juga untuk sahabat sahabiah sekalian... semoga hadirnya Syawal kali ini akan mengeratkan lagi ikatan antara kita... bersama rahmat dan redha dari Ilahi...
semoga berkat usaha , doa dan tawakkal kita akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat...
salam perantauan,
puteri AIDA
bumi lawas
Friday, September 29, 2006
Ramadhan tiba lagi...
kali ini aku sekali lagi menyambut Ramadhan di rantau orang... tanpa keluarga disisi... raya pun tak balik... beraya kat sini je. setiap malam ke Masjid solat tarawih. terasa bahagia dapat melaksanakan ibadah yang hanya pada bulan Ramadhan... rebutlah peluang yang ada ini hanya pada blan penuh kerahmatan dan keampunan ini. semoga kta sama2 mampu mengecapi kemanisan bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
bazaar Ramadhan pun tak kurang hebatnya kat sini.tak pernah pula aku pergi bazaar Ramadhan, sekadar dengar cerita dari orang.
sempena bulan Ramadhan ini, aku titipkan lagu nasyid dendangan IN-TEAM...
selamat berpuasa juga berbuka puasa dan selamat menunaikan solat Terawih dan jangan lupa tadarrus al-Quran...
Thursday, September 07, 2006
selesai sudah peperiksaan UPSR 2006
Saturday, July 15, 2006
rindu memaksaku berada disini...
ehm, hidup nie pasti indah andai apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah Taala. anyway... best of luck.
Friday, June 30, 2006
Bibir Tidak Perlu Berkata-kata...

segar mewangi...
sedangkan tumbuhnya
tidak diperlukan
hanyalah menyemak kehidupan...
lantara jangan dihancurkan
kesemua benihnya
mungkin ia akan dikutip
dan disemai kembali
agar tumbuh subur
bagi mengindahkan
suasana sekitarnya...
agar ia menjadi
salah satu dari
berjuta kesayangan dihati..
dalam meniti hari-hari
di dunia ini...
bicara bisu,
puteri aida
arkib:2003
Monday, June 26, 2006
suasana banjir di Aru Baru...
26 jun 2006gembira atau tidak bila sekolah terpaksa ditutup sebab banjir?... warga sk aru baru diminta pulang awal... sekolah ditutup berikutan banjir tiba2. sungai limpah. air pasang... maklumlah hujan tak henti2 sejak 2-3 hari lepas. nie pun pengalaman jugak... apa taknya, kampungku tak pernah mengalami keadaan macam nie... air dah hampir ke paras paha..
gambar tu banjir pada 23 jun lepas... hari banjirnya lebih buruk dari ari tu... ingat lak masa 3 hari kami di Aru Baru nie... kena banjir jugak... tapi tak laa seteruk ari nie.
mahu ajer aku paparkan gambar sungai penghubung kami ke bandar...
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?
And do you think I’m wasting my time
Doing things I wanna do
But it hurts when you disapprove all along
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
And you can’t change me
Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect
I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero
All the days you spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don’t care anymore
And now I try hard to make it
I just want to make you proud
I’m never gonna be good enough for you
I can’t stand another fight
And nothing’s alright
Cuz we lost it all
Nothing lasts forever
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect
Nothing’s gonna change the things that you said
Nothing’s gonna make this right again (right again)
Please don’t turn your back
I can’t believe it’s hard just to talk to you
But you don’t understand (you don’t understand)
Cuz we lost it all
Nothing lasts forevr
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect
Cuz we lost it all
Nothing lasts forevr
I’m sorry I can’t be perfect
Now it’s just too late
And we can’t go back
I’m sorry I can’t be perfect
setelah 5 bulan aku di Aru Baru nie, bolehlaa aku berpuas hati dengan pencapaian murid2ku dalam pembacaan Iqra' tu... sudah ramai yang baca Iqra' 3... 2 dan ada 2 orang murid yang dah Iqra' 5. itulah yang mengembirakan hatiku. Ya Allah Kau permudahkanlah urusan anak didikku dan urusanku dalam mencurahkan ilmuMu kepada mereka... agar mereka mampu menjadi anak soleh dan solehah kepada ibubapa mereka... sesungguhnya aku bahagia di sini... semoga setiapa apa yang aku kerjakan ini mendapat rahmat dan keredhaan Ilahi...
selamat berjuang anak bangsaku... dimana bumi dipijak disitu syariat ditegakkan... takbir...Allahu Akbar.
Friday, June 23, 2006
memori 16 jun


16 jun...
hari ulangtahun kelahiranku yang ke 26. dah lebih suku abad aku menghuni di alam fana ini. betapa aku bersyukur di atas nikmat usia yang dikurniakan ini. thank you Allah.
pada ulangtahun kelahiranku kali ini... kami telah mengadakan sedikit jamuan bersempena kami habis interaksi pertama di Institut Perguruan Sarawak. konon2 untuk release tension laa tu... kami buat laksa penang n satay. meriah sugguh suasana malam tu... sudahlah petang tu kami pergi kenduri di kampung kat Sundar. siap menepung tawar pengantin lagi... hihihi... itulah pengalaman pertamaku dalam upacara sedemikian. pengalaman laa tu. ehm...
terima kasih kuucapkan buat sahabiah sekalian yang sudi hadir ke jamuan yang tak seberapa di quarters kami di SK Aru Baru. lain kali mai laa lagi... kita berkumpul disini...nie gambar semasa atas bot dan gambar bersama pengantin...
Thursday, June 15, 2006
bicara seorang teman...
hari ini 15 Jun 2006.