Monday, October 02, 2017

SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur dilembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tikaku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan

Saatku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saatku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan Rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan

Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Mogakan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Syukur sungguh dihati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan bernama TEMAN

Sunday, September 24, 2017

Setelah Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum... Rindu nak menulis disini. Hampir 4 tahun saya telah bertugas di bumi Terengganu. Alhamdulillah, semuanya selesa.

Tuesday, December 03, 2013

Tazkirah Hari ini...

Hari ini masuk hari ke-2 dah hujan turun... dah nk banjir agaknya...
Sedikit perkongsian ilmu yang sy dapat dr seorang kawan bg tazkirah pg nie... syukran sahabat..
Ketahuilah ada 2 bentuk ingatan yang memberikan kesan kepada hati:
1. Ingatan yang ikhlas kepada Allah, menjadikan hati aman dan tenteram.
2. Ingatan yang timbul dengan cara menghapuskan semua ingatan yang lain kecuali ingatan kepada Allah. (Ini maqam yang tinggi)
Demikian kata Nabi SAW:"aku tidak dapat bersikap adil dalam memujiMU dengan sewajarnya, sebagaimana Engkau memuji DiriMu sendiri"
Rasul SAW tidak menetapkan batasan untuk ingati Allah kerana baginda tahu bahawa ingatan Allah kepada hambaNYA jauh lebih besar berbanding ingatan hamba terhadapNYA.
Oleh itu, tiada seorang pun selepas Nabi SAW boleh menetapkan batasan apapun, dan sesiapapun jua yang ingin mengingati Allah seharusnya tahu bahawa selama Allah tidak ingat hambaNYA dengan memberikan kebolehan kepadanya untuk mengingati Allah, maka selama itulah seorang hamba tidak akan mampu mengingatiNYA. Akhirnya, sentiasalah berharap dan berdoa agar Allah ingati kita, untuk membolehkan kita pula ingatiNYA pada setiap ruang dan waktu... Peringatan untuk diri sendiri juga...
Salam Pagi Isnin, Puteri Aida Sufi

Friday, November 29, 2013

25hb November 2013...

Pada tarikh itu... jam 9.30 malam,aku telah membuat semakan status pertukaran aku dan suami... Alhamdulillah,,, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA aku dan suami dapat berpindah ke negeri TERENGGANU. Thank You Allah. Terpaksalah pergi awal ke Lawas untuk urusan pindah ni.. mana nk kemas barang... nk urus borang pindah segala... byk jgak tu. Tanggal 6 Februari 2006 aku melaporkan diri d SK Aru Baru, Lawas... Kawan2 ku ramai yg dah boleh pindah tahun lepas dan awal Oktober baru ni... sekarang tiba giliran aku pula... Terasa sayu mengenangkan akan meninggalkan SK Aru Baru ... di sini tempat aku mengenal budaya Org Lawas... belajar bahasa dialek mereka... makan masakan kg... sambal tahai... ikan tahai... buah kembayau... pasti aku akan merindui suasana di sana nanti... Kepada rakan2 setugas... cikgu siti, cikgu hajah, cikgu dygku, ann, rachel, rabiah, eton, hanif, cikgu din, cikgu idris, amin, k.naa, k.pauline, k.jariah, cikgu hamdani, cikgu morni, abg. ali... k.sunah n pakcik omar... terima kasih atas sokongan dan dorongan serta kerjasama yang kalian berikan kepada aku sepanjang aku bertugas d SK Aru Baru ini... doakan kejayaan aku d tempat baru nanti... Tiada lagi laksam... tiada lagi laksa penang... tiada lagi nasi kerabu...
eton: sangupa... buat sendiri ye nanti...hehehe..
k.siti: xleh teman dh ke Lawas tuk lepak2 ngan k.pauline n k.jiah... akak drive leklok ye.. caiyok!!
k.hajah: terima kasih kerana memberi kami menyewa rumah akak... semoga Allah merahmati akak sekeluarga...
k.pauline: lps ni.. akak kena blaja online sendiri ye... sy dah xde tuk tolong akak... semoga akak sukses!!
panitia PI: semoga lebih mantap dan berjaya tahun2 akan datang... caiyok!!
rakan2 tupperware: kutu tupperware ttp ada ye... jgn risau...!!
hanif: 2014 praktikum... k.da doakan semoga hanif mendapat cemerlang dlm praktikum... xsempat nk jd guru pembimbing hanif...
cikgu din: bila nk kenduri?? jgn lupa bgtau ye... semoga beroleh kebahagiaan dunia akhirat..
TERIMA KASIH DAN JUTAAN KEMAAFAN ATAS SEGALA2NYA... HALALKAN MAKAN MINUM KU SEPANJANG AKU BERADA D BUMI LAWAS... SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI...KITA JUMPA LAGI..
sayonara...
puteri aida sufi.

Saturday, June 16, 2012

16 Jun kembali lagi...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrah Allah swt kerana masih lagi di beri kesempatan menikmati nikmat usia. Hari ini, genaplah usiaku 32 tahun... tak lupa juga bersyukur sangat-sangat di atas kenikmatan dalam menikmati 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. "Ya Allah, aku memohon Engkau panjangkan usiaku, Engkau hiasikan usiaku ini dengan kuntuman kesihatan yang baik, kelopak kebahagiaan serta Engkau siramkan kasih sayangMu untukku agar aku dapat mencambahkan ibadahku kepadaMU. Bersama kuntuman kesihatan dan kelopak kebahagiaan ini, aku akan terus berjuang demi agamaMu ya Allah. Engkau pahatkanlah iman dan teguhkanlah ketaqwaan diri ini kepadaMu, semoga aku mampu menjadi seorang srikandi yang memperjuangkan dan mempertahankan agamaMU, agama Islam yang tercinta. Ya Allah, Engkau kurniakan kepadaku kebahagiaan dalam rumahtanggaku... Engkau rahmatilah hidupku sebagai seorang hamba kepadaMu, seorang isteri kepada suamiku, seorang anak kepada ibu bapaku serta redhakanlah hidupku di dunia ini sebagai seorang insan yang bernama MUSLIMAH. Aamiiiinnnnnn ya Rabbal 'alamin." SALAM HARI LAHIR BUAT DIRIKU SENDIRI SEMOGA CERIA2 SELALU DISAMPING YANG TERSAYANG. aku sayang kamu, puteri aida.