Thursday, September 17, 2009

Selamat Menyambut Aidil Fitri 1430H

Berlalu Ramadhan fajar Syawal menjelma
Muslimin Muslimat menyambut Hari raya
Takbir dilaungkan Tahmid dibacakan
Sebulan puasa telah disempurnakan
Diucapkan Selamat Hari Raya....
SELAMAT HARI RAYA



Hari ini hari last sekolah... esok balik kampung. Lau nampak 'anak bulan' lusa.... Hari Ahad Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Betapa Allah menghargai apa yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini... dikurniakan untuk kita hari penuh kebahagiaan iaitu hari raya... Selama sebulan di bulan Ramadhan kita menunaikan ibadah puasa, bersolat terawih, bertadarus, bersahur serta melakukan amalan-amalan sunat yang lain bagi memantapkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah swt.
Ramadhan kali ini penuh bermakna pada diri ini kerana dapat berpuasa bersama-sama teman serumah (Sal dan Faridah) diserikan lagi dengan kehadiran si kecil (Irdina)... Masa kami bersahur, Irdina turut bangun untuk bersahur.... Waktu berbuka, Irdina pula sibuk-sibuk nak tidur... jadi kalut plak kami satu rumah. Apa-apapun, suasana ini amat bermakna bagi aku pada Ramadhan 1430H. Ramadhan 1431H, belum tentu milik kami... moga segalanya husnul khotimah.
12 Sept '09 (Sabtu)
Kami mengadakan majlis berbuka puasa di Aru. Terima kasih kepada sahabiah2 yang sudi hadir pada majlis berbuka puasa di rumah kami. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada K.Za, K.Sue, K.As, Asnurol, Shimah, Mariza, Norma dan Irah atas kehadiran kalian. Kami bergotong-royang menyediakan juadah berbuka pada hari itu... Kami masak 'Ikan 3 Rasa' , 'Tom Yam' dan 'Ulam-ulaman' cicah budu dan minuman ' Air Bandung Cincau'. Berselera sungguh sahabiah ni makan. Senang hati aku melihatnya... Rasa letih masa menyediakan juadah hilang begitu sahaja bila melihat suasana yang cukup meriah ini. Bukan selalu kami dapat berkumpul bersama-sama macam ni.
Selepas Solat Terawih, kami mencicip keropok dan kerang cicah pencicah. Seronok berkumpul sekali sekala... banyak pula cerita yang dikongsi. Suka duka dirasai bersama... apa taknya... yang dah berkahwin jauh dari suami... disisi hanya anak penawar rindu pada suami. Aku tumpang sedih dengan keadaan sahabiahku ini. Terhenti disini cerita ini.
Sempena hari baik, bulan baik ni... esok lusa tulat dah nak raya... Aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua sahabat sahabiah yang mengenali diri ini... Halalkan segala makan minum, segala percakapan dan perbuatan diri ini yang sengaja dan tersengaja. MAAFKAN AKU.
Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga Syawal 1430H ini lebih bermakna buat sahabat sahabiah sekalian. Jemputlah datang ke rumah di alamat:
295 A, RPT Sungai Pas,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.
Selamat bercutiiiiiiii....
Bicara hati,
Puteri Aida