Monday, August 04, 2008

Israk & Mikraj serta Mukjizatnya


Firman Allah ta`ala:
Yang bermaksud :
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya ( Muhammad ) pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ( Mekah ) ke Masjidil Aqsa ( Palestin ), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda ( kekuasaan dan kebesaran ) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Amat Mendengar, lagi Amat Mengetahui.”

Memperkatakan 'israk dan mik-raj' Nabi s.a.w. bukan saja dari segi bagaimana Allah SWT memperjalankan Rasul-Nya dalam peristiwa tersebut, tetapi juga diperkatakan tentang mukjizat yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Mukjizat adalah sesuatu yang mencarik adat dan di luar kemampuan akal fikiran manusia untuk menilainya.

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari
Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Di antara iktibar yang boleh diambil dari peristiwa-peristiwa yang berlaku yang dilihat sendiri oleh Rasulullah s.a.w atau yang dialami oleh baginda, bolehlah diringkaskan seperti berikut;

1. Rasulullah s.a.w diIsrakkan dan diMikrajkan pada malam tersebut ialah untuk ditemukan baginda dengan Allah s.w.t.
2. Pertemuan Rasul yang diundang khas oleh Allah s.w.t itu adalah semata-mata untuk menyampaikan perintah ibadah sembahyang lima waktu.
3. Ibadah sembahyang adalah ibadah yang paling tinggi tarafnya, tinggi nilainya, tinggi ganjarannya.
4. Ibadah sembahyang adalah sebagai kemuncak atau asas di dalam membentuk peribadi muslim. Ianya sentiasa mengamalkan dengan yang makruf dan meningalkan segala yang mungkar.
5. Di antara kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan manusia ialah;
-melakukan perbuatan zina, walaupun ianya telah bersuami atau beristeri.
-memakan makanan dan meminum minuman yang haram.
-memakan riba dan harta anak yatim.
-mengumpat , menabur fitnah dan suka menjaga tepi kain orang lain.
-suka membuat janji tetapi tidak menunaikannya.
-suka berebut-rebut untuk memegang sesuatu jawatan dan tanggungjawab sedangkan dirinya tidak berkelayakan dan tidak berdaya melaksanakannya.
6. Rasulullah s.a.w adalah lebih tinggi kedudukan daripada rasul-rasul lain.
7. Bahayanya 3 perkara; -Yahudi. -Nasrani. -Keduniaan.

Di dalam masyarakat kita hari ini boleh dikatakan kesemua penyakit masyarakat dan kesalahan besar yang diterangkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu sedang berlaku. Bahkan pada masa sekarang bukan sedikit jumlah orang Islam tidak menjalankan segala rukun-rukun Islam yang lima termasuk sembahyang, puasa, zakat, haji dan tuntutan Islam yang lain. Segala-gala ini adalah kerana iman kita makin bertambah lemah, kita terdedah kepada pengaruh-pengaruh syaitan dan mudah pula dipengaruhinya.Iman kita lemah. Kita tidak tertarik untuk menghadiri ceramah-ceramah agama, kalau kita hadir kekelas-kelas ceramah pun bukan semata-mata untuk mencari ilmu dan mencari nasihat untuk kita amalkan. Kita juga gagal untuk mempengaruhi jiran-jiran dan kawan-kawan atau kita juga gagal mewujudkan keluarga yang benar-benar Islam.
Salam Israk dan Mikraj
Aida_sufi

Kenangan abadi selamanya di hati


BICARA BUATMU…
Perkenalan ini memberi makna dalam hidupku…
Mengajarku erti rindu, kasih, sayang dan cinta…
Mengingatimu adalah rutinku…
Menyayangimu adalah kewajipanku…
Mengasihimu adalah kemahuan hatiku…


KERANA-NYA KITA DITEMUKAN

Bila dua diri mencintai Ilahi,
bergabunglah jiwa bersatulah hati.
Dua jiwa satu cinta.
Dua jasad satu matlamat.
Bila cinta kerana Allah berpisahnya tidak gelisah,
Bila rindunya kerana yang Satu,
bertemu pasti tak jemu…
Ukhuwah itu indah…
bila bertemu dan berpisah kerana Allah…


TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANGMU UNTUKKU...
Sesungguhnya aku amat bahagia
mengenalimu…
aku berterima kasih
atas perkenalan ini…
semoga ianya kekal abadi
selamanya…

BERSAMA SELAMANYA
Kasih…
Indahnya pertemuan ini
Melakar sejuta memori
Indah…
Menjadikan hari-hariku
ceria dan bermakna…
Bersamamu aku
Bahagia…
Walau ada kalanya aku terluka…
Kerana aku yakin dan pasti…
KEBAHAGIAAN PASTI AKHIRNYA
Aku sayang kamu…

Kenangan tetap kenangan...

secebis ingatan,

puteri aida


Dirimu masih di hati...


Tak terasa masa berlalu
Rupanya telah jauh kenangan itu kutinggalkan
Namun aku tertanya-tanya
Mengapa masih rindu itu menyapa
Mengapa masih wajah itu menerpa
Mengapa masih hati ini terluka

Saat itu
Aku seakan nekad
Melepaskan segalanya pergi
Melupuskan kenangan yang sentiasa di minda
Melupakan kau yang selalu di hati
Demi hati yang luka
Kerana jauh di dasar hati
Aku tidak ingin dilukai untuk kesekian kali

Tapi entah kenapa
Hati kecilku sering berkata
Kau masih ku rindui
Kau masih ku cintai
Kau masih lagi menjadi yang pertama di hati
Andai begini sudahnya
Mengapa aku sanggup membuat keputusan itu
Hati kini meragui
Ketepatan jalan yang aku sendiri tentukan

Tapi syukurlah
Akal ini memberitahu
Aku masih di jalan yang benar
Aku telah memilih keputusan yang tepat
Aku tahu kini
Mengapa dia masih di hati
Kerana dia yang pertama membuka pintu hati
Namun bukan bermakna dia yang terakhir dalam hidup ini
Kerana tuhan lebih tahu yang terbaik untukku
Mungkin ini cuma dugaan kecil
Untuk memberiku kesedaran tentang pentingnya Dia dalam hidup insan

Kalau dulu aku ragu
Adakah aku mampu mencintai insan lain selepasnya
Tapi kini aku mengerti
Pasti satu saat nanti ada jodoh yang menanti
Terima kasih tuhan atas takdir ini


Bicara hati,
aida_sufi

Thursday, July 31, 2008

Jangan... Jangan... Jangan...

Ø Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita.
Ø Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Ø Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Ø Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Ø Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Ø Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsisyaitan.
Ø Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Ø Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Ø Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Ø Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Ø Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Ø Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Ø Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Ø Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Ø Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Ø Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasihorang kepada kita.
Ø Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Ø Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Ø Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Ø Dan yang paling penting, Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH, Nanti di laknat ALLAH....
Wasalam.
Bicara muhasabah diri,
Puteri Aida

Tuesday, July 22, 2008

Setelah Lama Menyepi.... Kini Kembali...

Salam untuk semua. Dah lama bebenor tidak menulis disini. Rindu sesangat. Senangnya dalam hati bila dapat menulis lagi...
Nak cerita pasal apa yer? Ehmmm... sy nak kongsi cerita. Hari Ahad lepas, saya ada menonton HALAQAH, di TV9 Dekat Di Hati. Best jugak tajuk perbincangan pada malam tu.... "Bintang 12".
Untuk pengetahuan semua... untuk peringatan kita bersama...
Membaca ramalan Horoskop di majalah2 atau di akhbar2 itu adalah satu tabiat yang perlu dihindari mulai saat ini. Sebab apa?... Sebabnya, dalam Fatwa Sheikh Al-Qardawi... ada menyebut, sesiapa yang membaca ramalan Horoskop dan tidak berniat untuk mempercayainya (suka2 laa tu) hukumnya adalah Haram dan tidak diterima Solatnya selama 40 hari. Keadaan lain pula, sesiapa yang membaca ramalan Horoskop dan mempercayainya maka haram baginya dan dia telah kufur kepada apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. ( Al-Quran ada menyebut tentang tilikan nasib dan nujum). Satu keadaan lagi, hukumnya Harus, apabila seseorang itu membaca ramalan Horoskop itu kerana berniat untuk menyangkal setiap apa yang diberitahu oleh ramalan tersebut.
So, lepas ni... sama2 lah kita muhasabah diri dan berhati2 dalam setiap tindak tanduk kita.
Sekarang ni musim buah kan. Mesti best kan dapat makan buah2... durian, dokong, manggis, rambutan and etc.


Ehmmm... Satu lagi laa nk post.


CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH:

*Mentaati perintah Allah dan mentaati kedua ibu bapa.
*Sentiasa mencari keredhaan kedua ibu bapa untuk mendapat keredhaan Allah.
*Berbakti kepada keduanya sama ada ketika mereka hidup atau telah meninggal.
*Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

KELEBIHAN ANAK YANG SOLEH:


*Perisai bagi ibu bapanya dari neraka.
*Dapat memberi manfaat kepada kedua ibu bapa ketika hidup atau mati.
*Dapat memasukkan kedua ibu bapanya ke dalam syurga.
*Doa anak soleh, pahalanya terus mengalir kepada orang tuanya yang telah meninggal dunia.

semoga jumpa lagi...

Puteri Aida.

Friday, January 18, 2008

Tahun 2008... 1429 H... salam tahun baru

ehm... rindu untuk post sesuatu kat blog ni.
lebih menyedihkan sekarang ni dah tak boleh lawati pun web ni. huhuhuhu... pas nie susah laa nk post berita terkini hiburan sensasi tuk kenangan. nie pun datang CC. bukan hajat nk datang sini pun sebenarnya. sambil tunggu jam 2 petang bab ada hal yang perlu dilaksanakan. so, masuk CC jap tuk post sesuatu... maklum laa, pengunjung blog nie pun pasti tertanya2.. kenapa laa lama dah tak der perubahan n sesuatu yang baru di pamerkan. sori k... ehm... nak cerita apa yer kali nie...?????
belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 dan SALAM MAAL HIJRAH 1429H. didoakan semoga kita beroleh keberkatan dan senantiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi... semoga hadirnya tahun baru ini... kita berupaya meningkatkan prestasi kita dalam apa jua bidang yang kita ceburi. caiyo! semoga bahagia di dunia dan berjaya di akhirat. semoga tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya...
kepada yang akan mengakhiri zaman bujang pada tahun ini... saya mengucapkan, selamat pengantin baru dan semoga tabah berada dalam suasana yang serba baru... semuanya perlu berkongsi... suka duka di harungi bersama.
kepada yang bakal menimang cahaya mata... saya mengucapkan semoga kalian bahagia dengan kehadiran insan baru dan didiklah mereka menjadi insan yang beriman dan bertaqwa agar mampu menjadi khalifah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara...
ehm...
berceloteh jer saya nie. tahun nie, tahun ke tiga saya berada di bumi Lawas. sekejap jer rasa... dah dua tahun kat sini... huhuhuhu... banyak jugak aktiviti yang perlu dilaksanakan tahun 2008 nie. semoga setiap apa yang dilakukan dapat memberi impak kepada pelajar dan berupaya meningkatkan prestasi saya sebagai seorang pendidik dan hamba kepada-NYA.
21.2.2008...
itu adalah tarikh saya dikehendaki menghadiri satu temuduga untuk mengesahkan perlantikan dalam perkhidmatan awam nie... moga2 saya dan kawan2 yang lain berjaya.
ehm...
akhirnya...
selamat menempuh kehidupan ini dengan lebih tabah dan cekal. sesungguhnya setiap ujian yang menimpa adalah menunjukkan bahawa Allah sayang kepada kita dan menguji tahap keimanan kita kepadaNYA.
salam bumi kenyalang,
puteri aida