Tuesday, June 26, 2007

Bersama Kita Bukan untuk Selamanya...




Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku ... pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkan ku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Tingkatkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat


Terima kasih kepada semua teman2... berkenalan dengan kalian adalah satu anugerah yang bernilai dalam hidupku... memori bersamamu selamanya di hati...


bicara sepi,
puteri aida



Sunday, June 17, 2007

Mengapa Hawa selalu dikecewakan?

HAWA...
mengapa engkau menangis?
perlukah engkau menangisi di atas apa yang engkau lalui kerana ADAM?
kenapa dan mengapa????
ADAM tegakah engkau memperlakukan HAWA sedemikian?
setelah HAWA memdamba kasih ADAM...
ingin disayangi dan dikasihi.
bukan disakiti dan dilukai...
salahkah HAWA kerana bergantung harap pada ADAM?
tidakkah ADAM tahu bahawa HAWA insan yang lemah...
memerlukan bimbingan dan pimpinanmu ADAM...
dimanakah ADAM seumpama Rasulullah SAW?
sudah tiadakah insan sebegitu di akhir zaman ini??
ingin aku berkongsi... sekeping warkah dari seorang HAWA kepada insan bernama ADAM
bismillahirrahmanirrahim...
didoakan semoga anda beroleh selamat di bawah indungan payung rahmat Allah swt... Amin...
ADAM,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
ADAM,
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu diakhir zaman,inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari satu waktu.
ADAM,
Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu. Kau sejak dulu lagitahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.
ADAM,
Aku tahu bahawa kau tahu dalam al-Quran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita..." Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku. Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini? Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar rumah, maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.
ADAM,
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu", katamu. Aku ibu dan aku guru pada anak-anakmu. Tapi sekarang, pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara kaummu yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba. Kainku tinggi menyinsing paha mengamankan negara. Apa kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?
ADAM,
Marahkah kau jika kukatakan "andainya HAWA yang terpesong, maka kau yang patut tanggung". Sebab apa ADAM? Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak tak pandai mendidik, jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata, "HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu..." pada hematku yang dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu. Adakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA?
ADAM,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu! Oleh itu ADAM, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir di tolak nafsu dan konco-konconya.
ADAM,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akan kuaminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajud bersamamu. Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami al-Quran. Kau ajaklah aku untuk membaca Yaasin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Tunjukkan aku perkara sebenar yang patut aku buat.
ADAM,
Akhirnya, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang akan tegar menanggungnya. Nauzubillahi Minzaalik...
Demikianlah antara luahan hati seorang insan bernama HAWA...
Tidakkah ADAM merasa apa yang HAWA rasa?
Tidak rasa bersalahkah ADAM pada HAWA...
dengan membiarkan HAWA sedemikian rupa???
Ingatlah ADAM...
HAWA adalah amanah Allah untukmu...

kasihmu amanahku...

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Isteri hamparan dunia suamilah penaungnya
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora suami menjadi purnama
Jika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
seharusnya begitulah...
pernikahan mengajar kita...
tanggungjawab suami isteri
masing-masing mengetahui tanggungjawab bersama...
bagi mewujudkan keluarga bahagia dalam suasana yang harmoni...
Bicara hati...
puteri aida

Saturday, June 16, 2007

Salam Hari Lahir...16 Jun 2007


SALAM HARI LAHIR
Diiringi doa dan harapan agar dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki serta sentiasa berada dibawah
rimbunan rahmat dan kasih sayang Ilahi
Bersyukur atas nikmat usia ini
Semoga keceriaan senantiasa dihati

SALAM HARI LAHIR
Moga-moga hari yang bakal dilalui indah dihiasi
kuntuman ceria, kelopak kebahagiaan,
dan jambangan kasih sayang…
Bersama redha ibubapa dan Ilahi

SALAM HARI LAHIR
Aku bersyukur atas nikmat usia,
semoga dikurniakan kesejahteraan jua kebahagiaan
Kebahagiaanku mengembirakanmu
Kedukaanku meresahkan hatimu
Keceriaanku menyenangkan jiwamu
Ketahuilah olehmu…
aku takkan membuatkan mu bersedih keranaku

SALAM ULANGTAHUN KELAHIRANKU YANG KE—27
16-JUN-2007

teman,
terima kasih atas ingatanmu untukku.
puteri aida

Thursday, June 14, 2007

Pastikan... Datuk Siti Nurhaliza

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini



salam kembara fillah,
puteri aida...

Wednesday, June 13, 2007

Berakhirnya Imtihan ...

hari nie exam habis. last paper ari nie. camana keputusannya... tak tahu laa.. wait n see laa. aper2 pun... semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. jadikan setiap ilmu yang diperolehi di IP ini sebagai panduan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang mudarris... muaddib... muballig... muallim... murabbi... mursyid...

secebis ketekunan

seteguk pengorbanan

besemadi didalam hati

sebagai dorongan hidup ini

TEMANKU, ABADIKAN SEGENGGAM HARAPAN



sessi persekolahan semester kedua telah bermula. apa khabar anak2 didik kat sekolah sekarang? rindukah mereka pada ustazah mereka ini? atau gembira je tanpa keberadaan aku disekolah? aku pun rindu gak kat suasana sekolah... hai, lagi sebulan aku kat institut nie baru balik kat sek. mesti banyak jer cerita2 menarik kat sekolah.



rindu....
rindu serindu rindunya...


Bersama selamanya…

Teman…
Terima kasih atas
perkenalan ini…
Aku bahagia mengenali
kalian…
Semoga ikatan ini
selamanya berkekalan..
Lawas…
dalam kenangan…








sedetik bersama... seumur hidup terasa,
aida_sufi@yahoo.com

Tuesday, June 05, 2007

Seminggu Di IPS...


Hari nie 05 Jun 2007...
Dah seminggu berada disini...IPS... menjalani sessi kuliah. Hari Khamis nie abis laa kuliah bg kumpulan aku... BA7(2006). Dalam seminggu lepas banyak jugak perkara yang berlaku. Kuliah malam... banyak jugak kelas diperawalkan, sebab itulah minggu nie abis awal. Minggu lepas cuti 4 ari... sempena Hari Gawai. Cuti pun tak cuti gak, ada kelas ganti bab minggu nie ramai lecturer tak de. Bab tu kelas diperawalkan. Alhamdulillah, minggu nie abis laa kuliah untuk kursus selama setahun setengah nie. Imtihan bakal menyusul...

Tadi, masa kuliah. Cikgu Rahman ada bagi Jadual Exam untuk sessi nie. Kami mula exam pada 11 - 13 JUN 2007, maknanya... minggu depan laa bermulanya IMTIHAN AKHIR. Oh tidak!... nak tak nak, imtihan memang minggu depan. Aisey... baca satu apa pun belum. nie aku letak jadual imtihan aku:

11.Jun.2007 (Kertas Ilmu Pendidikan) -8.30-11.30am
12.Jun.2007 (Kertas Bahasa Arab 1) -8.30-11.30am
13.Jun.2007 (Kertas Bahasa Arab 2) -8.30-11.30am

Alahai... tengok tu... imtihan 3 jam 1 paper... kena gadaq betui2 laa nie... 3 jam??? bukan sikit tu... kang2 naik pangkat JENERAL time exam... hahahha. Apa2 pun... masa masih ada. Study dari sekarang, Insya Allah... kejayaan pasti milikku akhirnya. Doakan kejayaan kita bersama
Badan nie masih lagi tak sihat. Demam n selsema laa... dah 2-3 ari dah demam nie... sebab apa dia demam? Ha, bab Allah sayangkan aku laa dia bagi aku sakit nie... untuk menghapuskan dosa2 kecil. Kadang2 tu, bila sakit itu hadir.... dapat menjadikan aku seorang yang lebih berfikr akan tanggungjawab sebagai seorang insan bernama Hamba kepada-Nya. Sesungguhnya aku bersyukur atas nikmat kesihatan dan nikmat sakit ini. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... itulah pentingnya. Sihat sebelum sakit.

Okaylah... kepada semua kawan2... SELAMAT MENJALANI PEPERKSAAN AKHIR minggu depan... Doaku moga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang... aku juga... kejayaan milik kita bersama... We are Champion! Be the best among the best.

caiyo! caiyo!..
with luv:
puteri aida